Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

97) PROGRAM HIJRAH SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak pembiayaan Hijrah telah dibelanjakan dari mula program ini dilaksanakan sehingga Disember 2017 ?

    Pembiayaan Hijrah yang telah di belanjakan dari mula program ini dilaksanakan sehingga Disember 2017 adalah sebanyak RM339,047,500.00

  2. Berapa ramai usahawan telah dibantu dalam skim ini ?

    Seramai 39,502 usahawan yang telah menerima pembiayaan Hijrah

  3. Berapa ramai penerima bantuan mengikut pecahan kaum Melayu, Cina dan India ?

    Jumlah usahawan mengikut kaum adalah seperti berikut :

    BANGSA MELAYU PERATUS (%) CINA PERATUS (%) INDIA PERATUS (%) JUMLAH PESERTA PERATUS (%)
    BILANGAN 36,320 92 672 1.7 2,510 6.3 39,502 100

Lampiran

Tiada Lampiran.