Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
123) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jumlah yang telah diluluskan melalui Program Hijrah Selangor dari hari pertama?
Jumlah pembiayaan yang telah diluluskan melalui Skim Mikrokredit Hijrah Selangor adalah seperti berikut:
-
Apakah statistik bilangan peminjam mengikut bidang masing-masing?
-
Apakah jumlah yang gagal bayar balik sejak hari pertama Program Hijrah Selangor dan tindakan terhadap kegagalan bayar balik?
Berikut adalah data peminjam mengikut kategori bayaran balik. Data adalah sehingga 31 Mei 2024.
Berikut adalah tindakan terhadap peserta yang gagal membuat bayaran balik:
- Penubuhan Unit Tele Collector di YHS yang berperanan memberi surat peringatan, sms blasting kepada peserta bertunggak dan membuat lawatan ke rumah dan premis peserta untuk membuat kutipan bayar balik. Memberi peluang kepada peserta Hijrah Selangor untuk berbincang mengenai tunggakan bayar balik dan menawarkan pelan penjadualan semula pembiayaan.
- Bagi peserta bertunggak yang tidak memberi kerjasama dan tidak dapat dihubungi akan diserahkan kepada Agensi Kutipan (Debt Collector) yang dilantik oleh YHS untuk mendapatkan kutipan bayar balik.
- YHS bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) bagi membantu peserta yang mempunyai tunggakan untuk mendapatkan Khidmat Kaunseling dan Pengurusan Kewangan dan seterusnya menyertai Program Pensturukturan Pembiayaan.
- Peminjam yang ingkar dan tidak memberi kerjasama akan didaftarkan dalam senarai hitam melalui Experian dan Credit Bureau Malaysia (CBM).
- YHS sedang meneliti kes-kes NPL yang boleh diambil tindakan perundangan.