Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

105) PROGRAM HIJRAH SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima Skim Hijrah mengikut kaum, umur dan jantina?

    Jumlah penerima skim Hijrah mengikut kaum adalah terbahagi kepada kaum melayu,cina dan india. Sebanyak 44,659 orang dengan peratusan sebanyak 91.80 % terdiri daripada kaum melayu. Bagi kaum cina, sebanyak 868 orang dengan  peratusan sebanyak 1.78% terdiri daripada kaum cina manakala bagi kaum india, sebanyak 3125 orang dengan  peratusan sebanyak 6.42% terdiri daripada kaum india.

    Bagi penerima skim Hijrah mengikut umur, sebanyak 8,121 orang dengan peratusan sebanyak 16.69 % terdiri daripada peminjam Hijrah berumur 16 hingga 30 tahun. Sebanyak 39,053 orang dengan  peratusan sebanyak 80.27% terdiri daripada peminjam Hijrah berumur 31 hingga 60 tahun manakala bagi  Hijrah yang berumur 61 tahun ke atas, sebanyak 1,478 orang dengan  peratusan sebanyak 3.04%.

    Penerima skim Hijrah mengikut jantina bagi lelaki adalah sebanyak 19,912 dengan peratusan sebanyak 40.92% manakala bagi perempuan adalah sebanyak 28,740 dengan peratusan 59.08 % terdiri daripada peminjam perempuan.

     

  2. Berapa peratuskah usahawan yang dibantu Hijrah berjaya mengembangkan usaha mereka?

    Berdasarkan kajian impak yang telah dibuat oleh Institut Darul Ehsan pada tahun 2018, kajian keatas peningkatan pendapatan kasar perniagaan  telah menunjukkan jumlah responden yang menjana pendapatan kasar perniagaan atas RM5001 telah meningkat dari 50% kepada 59%.

    Bagi kajian ke atas peningkatan pendapatan peribadi bulanan, kajian telah menunjukkan jumlah responden yang menjana pendapatan bulanan peribadi di atas RM1000 meningkat dari 85.2% kepada  95.4% dan jumlah responden yang menjana pendapatan RM5001 ke atas  meningkat dari 26.9% kepada 36.9%.

    Contoh usahawan yang telah berjaya mengembangkan usaha mereka adalah seperti berikut :

    1. Nama : Syed Faisal Bin Mustafa Kamalu

    Perniagaan                           : Barbershop

    Jumlah Pinjaman                  : RM20,000

    Bil Kedai                                : 16 Cawangan

    Peratus Peningkatan Jualan : 1900%

     

    ii      Nama                                     :Mior Amin Bin Badalishah

    Perniagaan                           : Restoran (Western)

    Jumlah Pinjaman                  : RM30,000

    Bil Kedai                                : 5 Cawangan

    Peratus Peningkatan Jualan : 1011%

  3. Sejauh manakah kejayaan program food truck Hijrah selepas dilancarkan?

    Program Food Truck adalah program atau produk keluaran Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KOHIJRAH). Hijrah Selangor hanya berperanan sebagai pemberi pinjaman kepada pemohon yang memerlukan pinjaman untuk memiliki Food Truck. Sehingga kini, sebanyak 23 permohonan telah diberikan kepada usahawan dengan nilai Food Truck di bawah RM 50,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.