Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
6) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini program Hijrah Selangor?
Hijrah Selangor kekal giat menyalurkan modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil dalam usaha untuk melebarkan golongan kelas menengah di negeri Selangor. Selain daripada itu, Hijrah Selangor juga telah merencana beberapa penambahbaikan produk pembiayaan dalam menjadikan skim-skim yang sedia ada lebih berkualiti.
Sehingga kini pencapaian Hijrah Selangor adalah seperti berikut:
Bil Perkara Pencapaian (30hb Sept 2023)
1. Bilangan Peminjam 58,885 orang 2. Bilangan Pembiayaan Dikeluarkan 87,089 pembiayaan 3. RM Pembiayaan Dikeluarkan RM 780,029,500.00 4. Peratus Bayaran Balik 78% -
Berapakah jumlah terkini peminjam dan hutang tertunggak mengikut daerah?
Berikut adalah jumlah terkini peminjam dan hutang tertunggak mengikut daerah:
-
Nyatakan kejayaan Usahawan Anak Negeri yang boleh dibanggakan di Negeri Selangor?
Kejayaan Usahawan Anak Negeri yang boleh dibanggakan di Negeri Selangor.