Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
47) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah partisipasi dan nilai (secara terperinci) program-program yang telah di laksanakan oleh Hijrah?
- Jumlah partisipasi dan nilai (secara terperinci) program-program yang telah dilaksana oleh Hijrah Selangor adalah seperti berikut:
Bil Skim-skim Hijrah Selangor Jumlah Pembiayaan Nilai Pembiayaan 1. Skim i-Bisnes 73,762 613,754,000.00 2. Skim i-Lestari 111 10,041,000.00 3. Skim Nadi 1,541 6,380,000.00 4. Skim Zero to Hero 844 4,085,500.00 5. Skim Godigital 80 324,000.00 6. Skim i-Agro 31 878,000.00 7. Skim e-Kitchen 22 98,000.00 Jumlah Keseluruhan 76,391 635,560,500.00 -
Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi ketika melaksanakan setiap program Hijrah?
Masalah-masalah utama yang dihadapi ketika melaksanakan setiap program Hijrah adalah antaranya isu mengekalkan kadar peratus kutipan bayaran balik pada tahap 100%. Tambahan kini berlaku masalah isu pandemik Covid-19 dan bencana alam seperti banjir yang menjejaskan perniagaan dan pendapatan peserta khasnya usahawan yang sedang meminjam dan sedang membuat bayaran balik. Melalui pelaksanaan Skim Go Digital, didapati kebanyakan usahawan dan peniaga yang masih belum menerima kaedah pemasaran secara digital. Usahawan Hijrah Selangor yang kebanyakannya adalah peniaga kecil dan belum bersedia untuk membayar caj tinggi yang dikenakan oleh syarikat peneraju seperti “foodpanda” kepada usahawan.Hijrah Selangor juga belum dapat memberikan latihan kepada usahawan secara berterusan memandangkan masalah dari segi kekangan dana latihan.