Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
5) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang diambil kepada peminjam Hijrah yang enggan melunaskan pinjaman Hijrah Selangor?
Bagi peserta yang enggan melunaskan pinjaman, mereka akan diberikan surat peringatan. Seterusnya pegawai akan membuat lawatan susulan bagi membuat perbincangan bayaran balik dan menawarkan Pelan Pemulihan Pembiayaan (PPP) . Sekiranya peminjam masih enggan, peserta tersebut akan diambil alih oleh Unit Kawalan Kredit (UKK) untuk tindakan rundingan. Sekiranya masih enggan membuat bayaran, peminjam tersebut akan dihantar ke agensi kutipan yang dilantik oleh YHS.
-
Setakat ini, berapakah jumlah kutipan yang diperolehi oleh Hijrah Selangor bagi Januari hingga setakat ini?
Sehingga Januari hingga Oktober 2021 jumlah kutipan yang diperoleh adalah sebanyak RM67,282,016.09
-
Apakah usaha yang dilakukan Hijrah Selangor dalam membantu peminjam yang tidak mampu melunaskan pinjaman?
Bagi peminjam yang tidak mampu melunaskan pinjaman, YHS akan menawarkan Pelan Pemulihan Pembiayaan (PPP) kepada peminjam yang mempunyai masalah bayaran balik. Pelan Pemulihan Pembiayaan ditawarkan dengan menawarkan kontrak perjanjian bayaran balik yang baru dan tempoh bayaran balik dipanjangkan sehingga 5 tahun serta jumlah bayaran balik adalah dipersetujui oleh pihak peminjam dan Hijrah Selangor.