Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
154) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Jumlah pinjaman program HIJRAH yang telah dikeluarkan sejak dilancarkan hingga 30 Jun 2015?
Hijrah Selangor adalah program Mikrokredit Bersepadu gagasan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Haji Mohamed Azmin Ali, bagi menggabungkan skim-skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor semenjak tahun 2010. Program ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 24 Mac 2015. Ianya merupakan Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) dengan tujuan utamanya, untuk melebarkan golongan kelas menengah di Negeri Selangor, sepertimana yang divisikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar dalam ucapan belanjawan beliau pada 24 November 2014. Hasrat ini diharapkan boleh tercapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil di negeri
Pihak Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YAQS) ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor. Manakala pihak kerajaan Negeri Selangor, bertindak sebagai penganjur program, memberi modal pusingan pelaksanaan program sejumlah RM 100,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Juta).
Falsafah Program HIJRAH SELANGOR berteraskan konsep ”Pinjaman Asas Simpanan”. Maksudnya, pinjaman yang diberikan digunakan sebagai modal tambahan dalam urusan perniagaan. Sebagai usahawan yang berdaya maju, adalah diharapkan dapat menghasilkan pulangan yang lebih tinggi. Lebihan pulangan ini, akan ditabungkan dalam Tabung HIJRAH SELANGOR, untuk manfaat penjaja dan peniaga kecil secara individu mahupun kelompok. Dan, pihak pengurusan program bertindak meneroka peluang-peluang perniagaan susulan bagi kepentingan dan manfaat usahawan-usahawan HIJRAH SELANGOR melalui penubuhan Koperasi HIJRAH SELANGOR.
Dalam merangka kaedah pengurusan dan pelaksanaan skim HIJRAH SELANGOR, objektif-objektif berikut dikenalpasti sebagai matlamat program.
- Menawarkan modal tambahan dengan mudah, cepat dan tidak membebankan.
- Menggalakkan budaya menabung di kalangan penjaja dan peniaga kecil.
- Mewujudkan rangkaian usahawan yang
- Membina usahawan yang berwawasan dan berdaya saing serta berkemahiran dan juga
Sehingga kini, terdapat 7,203 permohonan pinjaman yang telah diluluskan oleh Hijrah Selangor dengan jumlah RM32,989,000.00. Berikut adalah peserta Hijrah Selangor mengikut DUN:
Bil. PARLIMEN Bil. DUN JUMLAH 1 AMPANG
1 BUKIT ANTARABANGSA 38 2 LEMBAH JAYA 100 JUMLAH 138 2
GOMBAK
3 BATU CAVES 59 4 GOMBAK SETIA 77 5 HULU KELANG 46 JUMLAH 182 3
HULU LANGAT
6 DUSUN TUA 85 7 KAJANG 208 8 SEMENYIH 135 JUMLAH 428 4
H SELANGOR
9 BATANG KALI 482 10 HULU BERNAM 66 11 KUALA KUBU BAHARU 54 JUMLAH 602 5
KAPAR
12 MERU 113 13 SELAT KLANG 96 14 SEMENTA 114 15 SUNGAI PINANG 68 JUMLAH 391 6
KELANA JAYA
16 SERI SETIA 96 17 SUBANG JAYA 107 JUMLAH 203 KLANG
18 KOTA ALAM SHAH 44 19 PANDAMARAN 33 7
20 PELABUHAN KLANG
60 JUMLAH 137 8
KOTA RAJA
21 SERI ANDALAS 102 22 SRI MUDA 234 JUMLAH 336 9
KLANGAT
23 MORIB 121 24 SIJANGKANG 122 25 TELOK DATOK 56 JUMLAH 299 10
KSELANGOR
26 BUKIT MELAWATI
185 27 IJOK 128 28 JERAM 261 JUMLAH 574 11
PANDAN
29 CHEMPAKA 91 30 TERATAI 93 JUMLAH 184 12
P JAYA SELATAN
31 TAMAN MEDAN 87 32 BUKIT GASING 10 JUMLAH 97 13
PJAYA UTARA
33 DAMANSARA UTAMA 3 34 KAMPUNG TUNKU
5 JUMLAH 8 14
PUCHONG
35 KINRARA 22 36 SERI SERDANG 121 JUMLAH 143 15
S BERNAM
37 SABAK 238 38 SUNGAI AIR TAWAR
274 JUMLAH 512 16
SELAYANG
39 KUANG 75 40 RAWANG 100 41 TAMAN TEMPLER
92 JUMLAH 267 17
SEPANG
42 DENGKIL 274 43 SUNGAI PELEK 129 44 TANJUNG SEPAT
87 JUMLAH 490 18
SERDANG
45 BALAKONG 114 46 BANGI 137 47 SERI KEMBANGAN
43 JUMLAH 294 48 BATU TIGA 140 SHAH ALAM
49 KOTA ANGGERIK
86 19 JUMLAH 226 20
SUBANG
50 BUKIT LANJAN 75 51 KOTA DAMANSARA
295 52 PAYA JARAS 255 JUMLAH 625 21
SUNGAI BESAR
53 SEKINCHAN 231 54 SUNGAI PANJANG
338 JUMLAH 569 22
TANJUNG KARANG
55 PERMATANG 169 56 SUNGAI BURONG
297 JUMLAH 499 JUMLAH 7203 -
Peratus pembayaran balik mengikut jadual?
Hijrah Selangor melaksanakan kaedah kutipan bayaran balik pinjaman Hijrah Selangor secara mingguan. Setiap minggu Pegawai Hijrah akan pergi ke premis perniagaan peserta untuk mengutip bayaran pinjaman. Sehingga Julai 2015, terdapat seramai 7203 peserta yang telah membuat pinjaman dengan Hijrah Selangor. Jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM 32.9 juta. Sehingga kini, Hijrah Selangor telah berjaya mengutip semula bayaran balik pinjaman yang telah dijadualkan adalah sebanyak RM 4.9 juta. Berdasarkan jadual patut bayar dan bayaran yang dikutip, adalah didapati peratus bayaran balik berada pada tahap 98
Berikut adalah data pengeluaran pinjaman dan bayaran balik Hijrah Selangor sehingga Julai 2015:
BIL PINJAMAN 7203 JUMLAH PINJAMAN(RM) 32,989,000.00 KUTIPAN BAYAR BALIK 4,920,801.40 PERATUS BAYAR BALIK (BERDASARKAN JUMLAH PATUT BAYAR KINI) 98%