Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

94) PROGRAM HIJRAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perbezaan fungsi program HIJRAH dengan YAQ?

    Fungsi utama YAQ ditubuhkan adalah untuk memberikan pinjaman mikrokredit kepada rakyat negeri Selangor melalui Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL), Mikrokredit Miskin Bandar (MIMBAR), dan Wanita Ladang (WALA). Manakala Program Hijrah Selangor adalah program mikrokredit bersepadu yang menggabungkan skim-skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA. Ini bermakna Hijrah Selangor telah mengganti ketiga-tiga skim terdahulu. Walau bagaimanapun nama YAQ masih digunakan kerana nama dalam sijil pendaftaran syarikat atas nama YAQ. Hijrah Selangor dalam perancangan untuk menukar nama YAQ kepada Hijrah Selangor dalam sijil pendaftaran.

  2. Siapakah yang bertanggungjawab dalam menilai kejayaan dan kegagalan program tersebut?

    Kejayaan dan kegagalan YAQ atau kini dikenali sebagai Program Hijrah Selangor adalah di bawah tanggungjawab Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurusan Hijrah Selangor.

     

  3. Berapakah peruntukan yang disediakan untuk program ini? Senaraikan pecahan peruntukan untuk setiap sasaran program.

    Peruntukan dana 2015 yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada program Hijrah Selangor adalah sebanyak RM100 juta. Dana sedia ada yang telah diperuntukkan kepada SKIMSEL sebanyak RM50 juta, MIMBAR sebanyak RM20 juta dan WALA sebanyak RM5 juta. Jumlah keseluruhan dana terkumpul bagi program Hijrah Selangor adalah sebanyak RM175 juta.

    Perkara SKIMSEL MIMBAR WALA HIJRAH Jumlah
    Peruntukan 50 Juta 20 Juta 5 Juta 100 Juta 175 Juta
    Terima dana dari MBI  

    25,931,068.00

     

    16,822,849.00

     

    2,622,208.00

     

    74,500,000

     

    119,876,125.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.