Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
259) PROGRAM HIJRAH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan prestasi perbelanjaan RM60 juta dan RM 40 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) dalam Belanjawan 2015
PROGRAM
DANA
PERUNTUKAN TELAH TERIMA PENGGUNAAN/ PERBELANJAAN
BAKI
SKIMSEL
60,000,000.00
25,931,068.00
14,104,228.73 (OPEX) 91,767,950 (PROGRAM)
34,068,932.00
MiMBAR
40,000,000.00
16,822,849.00
8,282,839 (OPEX) 10,200,978 (PROGRAM)
23,177,151.00
JUMLAH KESELURUHAN 100,000,000.00 42,753,917.00 57,246,083.00
JUMLAH KESELURUHAN 100,000,000.00 Secara keseluruhannya prestasi penggunaan dana sehingga 2014 menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan kerana daripada RM42,753,917 jumlah penerimaan dana, pinjaman yang dikeluarkan melalui SKIMSEL dan MIMBAR adalah sebanyak RM101,968,928. Perbelanjaan mengurus bagi kedua-dua program adalah RM22,387,067. Bermula Februari 2015, kerajaan negeri melalui anak syarikat MBI telah menggerakkan Program HIJRAH Selangor di mana semua program mikrokredit yang dilaksanakan semenjak 2010 digabungkan dengan dibuat penambahbaikan ke atas proses penyaluran pinjaman dan program khidmat profesional. Program HIJRAH Selangor tidak hanya memfokuskan penyaluran pinjaman malah akan juga memfokuskan kepada pembangunan usahawan HIJRAH melalui perwujudan rangkaian dan jaringan perniagaan serta mewujudkan koperasi, kedai dan bazar usahawan HIJRAH Selangor di setiap DUN seluruh negeri Selangor. Pelbagai kursus juga dirancang untuk anak-anak peserta HIJRAH seperti Kursus Pelajar Cemerlang, Kursus Pembelajaran Berkesan dan sebagainya. Semua ini akan dirangkumkan di dalam Program HIJRAH Selangor.
-
Setakat ini, adakah inisiatif program hijrah efektif? Jelaskan.
Inisiatif Program Hijrah baru sahaja digerakkan pada pertengahan Februari 2015 dan dilancarkan secara rasminya pada pertengahan Mac 2014. Seramai 1,207 orang peserta telah mula menerima pinjaman tunai dengan jumlah keseluruhan RM5,281,000. Pencapaian ini amat menggalakkan kerana berdasarkan kajian 70% peniaga memerlukan modal tunai tambahan. Program Hijrah telah berjaya memberi kelegaan kepada peniaga kecil terutama rakyat Selangor bagi mengembangkan perniagaan mereka. Program Hijrah mensasarkan seramai 56,000 orang penerima di seluruh negeri Selangor dengan agihan setiap DUN seramai 1,000 orang. Berdasarkan kajian, ukuran kejayaan dan keberkesanan program hanya akan dapat diperolehi setelah empat kali pinjaman iaitu setelah peminjam menamatkan empat pusingan pinjaman. Jumlah pendapatan sebelum dan selepas pinjaman akan diambil kira di dalam mengukur tahap keberkesanan program. Sehingga kini masih belum ada sebarang kajian khusus terhadap keberkesanan program.