Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

34) PROGRAM HIJRAH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci jumlah peruntukkan Kerajaan Negeri untuk menjayakan Program Hijrah pada tahun 2016?

    Yayasan Dar Al Qard Al Hasan telah bertukar nama kepada Yayasan Hijrah Selangor dan telah mendapat kelulusan daripada pihak SSM pada 23hb Disember 2015. HIJRAH SELANGOR adalah program Mikrokredit Bersepadu gagasan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Haji Mohamed Azmin Ali. Program ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 24 Mac 2015. Tujuan utamanya adalah untuk melebarkan golongan kelas menengah di Negeri Selangor, sepertimana yang divisikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar dalam ucapan belanjawan beliau pada 24 November 2014. Hasrat ini diharapkan boleh tercapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil di negeri

     

    Pihak Yayasan Hijrah Selangor ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.

     

    Falsafah Program HIJRAH SELANGOR berteraskan konsep ”Pinjaman Asas Simpanan”. Maksudnya, pinjaman yang diberikan digunakan sebagai modal tambahan dalam urusan perniagaan. Sebagai usahawan yang berdaya maju, adalah diharapkan dapat menghasilkan pulangan yang lebih tinggi. Lebihan pulangan ini, akan ditabungkan dalam Tabung HIJRAH SELANGOR, untuk manfaat penjaja dan peniaga kecil secara individu mahupun kelompok.

     

    Pihak kerajaan Negeri Selangor bertindak sebagai penganjur program. Pada tahun 2015, pihak Kerajaan Negeri telah memperuntukkan modal pusingan bagi pelaksanaan program Hijrah Selangor sebanyak RM 100,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Juta). Manakala pada tahun 2016, Kerajaan Negeri akan memberi peruntukan tambahan sebanyak RM31 Juta untuk meluaskan program Hijrah Selangor dengan mensasarkan golongan khusus seperti ibu tunggal, asnaf, belia, penerima bantuan blueprint, orang kelainan upaya dan khariah masjid.

     

    Justeru, Hijrah Selangor telah memulakan pengenalpastian golongan khusus yang akan difokuskan untuk menerima bantuan tersebut. Antaranya senarai blueprint telah diterima dari pihak UPEN dan sedang dijalankan proses siasatan & penggalakan memohon modal tambahan untuk memajukan projek yang dilaksanakan. Senarai penerima bantuan zakat yang telah berjaya dikeluarkan dari golongan asnaf oleh pihak Lembaga Zakat Selangor juga sedang dikenalpasti. Senarai golongan ibu tunggal telah diminta daripada pihak PWB untuk ditawarkan projek-projek dan latihan-latihan yang bersesuaian dengan kemampuan dan minat masing-masing.

     

    Seterusnya, Hijrah Selangor telah mengenalpasti beberapa syarikat yang akan dilantik untuk menjadi Anchor Company bagi menjayakan program pengembangan ini. Anchor Company yang dilantik berperanan untuk menyediakan peralatan untuk projek yang akan dilaksanakan serta dipertanggungjawabkan memantau kemajuan projek sekurang-kurangnya enam

    (6) bulan. Pemantauan ini adalah bagi memastikan setiap peserta dapat menjana pendapatan dari projek yang dijalankan dan seterusnya mampu membayar balik pinjaman Hijrah Selangor dengan sempurna.

  2. Nyatakan jumlah bantuan yang telah diberikan kepada peserta Program Hijrah pada tahun 2015?

    Bermula 26 Mac 2015, sehingga 31 Disember 2015 Hijrah Selangor telah mengeluarkan pinjaman sebanyak RM76,947,000.00 dengan bilangan 15,264 Berikut adalah pecahan pinjaman mengikut

     

    ZON CAWANGAN BIL PESERTA RM
      CAWANGAN KAPAR 791 3,426,000.00
      CAWANGAN KLANG 488 1,903,000.00
      CAWANGAN KOTA RAJA 698 2,644,000.00
      CAWANGAN KUALA SELANGOR 870 4,000,000.00
      CAWANGAN SABAK BERNAM 981 4,613,000.00
      CAWANGAN SHAH ALAM 478 2,285,000.00
      CAWANGAN SUNGAI BESAR 1,337 6,552,000.00
      CAWANGAN TANJUNG KARANG 805 3,794,000.00
    ZON 1 JUMLAH ZON 6,448 29,217,000.00
      CAWANGAN AMPANG 345 2,010,000.00
      CAWANGAN HULU LANGAT 769 4,435,000.00
      CAWANGAN KUALA LANGAT 1,027 6,531,000.00
      CAWANGAN PANDAN 317 1,759,000.00

     

      CAWANGAN PUCHONG 397 1,579,000.00
      CAWANGAN SEPANG 1,069 6,606,000.00
      CAWANGAN SERDANG 491 2,772,000.00
    ZON 2 JUMLAH ZON 4,415 25,692,000
      CAWANGAN GOMBAK 350 1,397,000.00
      CAWANGAN HULU SELANGOR 1,058 6,039,000.00
      CAWANGAN KELANA JAYA 340 1,343,000.00
      CAWANGAN PETALING JAYA UTARA 403 1,809,000.00
      CAWANGAN PETALNG JAYA

    SELATAN

    335 1,411,000.00
      CAWANGAN SELAYANG 644 2,952,000.00
      CAWANGAN SUBANG 1,271 7,087,000.00
    ZON 3 JUMLAH ZON 4,401 22,038,000.00
    JUMLAH

    KESELURUHAN

       

    15,264

     

    76,947,000.00

     

    Peratus Peminjam Mengikut Jantina Sehingga 11 Mac 2016

     

     

    CAWANGAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH RM
    CAWANGAN KAPAR 296 1,059,000 693 3,128,000 989 4,187,000
    CAWANGAN KLANG 233 978,000 339 1,397,000 572 2,375,000
    CAWANGAN KOTA RAJA 274 1,002,000 574 2,215,000 848 3,217,000
    CAWANGAN KUALA SELANGOR 288 1,064,000 729 3,546,000 1,017 4,610,000
    CAWANGAN SABAK BERNAM 435 1,480,000 691 3,673,000 1,126 5,153,000
    CAWANGAN SHAH ALAM 261 1,219,000 399 2,054,000 660 3,273,000
    CAWANGAN SUNGAI BESAR 662 2,699,000 824 4,517,000 1,486 7,216,000
    CAWANGAN TANJUNG KARANG 441 1,749,000 477 2,717,000 918 4,466,000
    CAWANGAN AMPANG 131 620,000 344 2,040,000 475 2,660,000
    CAWANGAN HULU LANGAT 234 976,000 659 3,996,000 893 4,972,000
    CAWANGAN KUALA LANGAT 376 1,727,000 908 6,056,000 1,284 7,783,000
    CAWANGAN PANDAN 122 581,000 282 1,615,000 404 2,196,000
    CAWANGAN PUCHONG 204 860,000 323 1,252,000 527 2,112,000
    CAWANGAN SEPANG 341 1,328,000 893 6,069,000 1,234 7,397,000
    CAWANGAN SERDANG 162 749,000 416 2,668,000 578 3,417,000
    CAWANGAN GOMBAK 158 685,000 292 1,182,000 450 1,867,000
    CAWANGAN HULU SELANGOR 283 953,000 933 5,731,000 1,216 6,684,000
    CAWANGAN KELANA JAYA 189 791,000 235 928,000 424 1,719,000
    CAWANGAN PETALING JAYA UTARA 118 452,000 365 1,699,000 483 2,151,000
    CAWANGAN PETALNG JAYA SELATAN 161 712,000 269 1,174,000 430 1,886,000

     

    CAWANGAN SELAYANG 219 899,000 586 2,827,000 805 3,726,000
    CAWANGAN SUBANG 549 2,782,000 992 5,999,000 1,541 8,781,000
    JUMLAH KESELURUHAN 6,137 25,365,000 12,223 66,483,000 18,360 91,848,000

     

    1. ii) Status Penerima Pinjaman Hijrah Selangor Sehingga 14 Mac 2016

     

     

    Status ZON 1 ZON 2 ZON 3 Jumlah Keseluruhan
    Penerima Bil RM Bil RM Bil RM Bil RM
    Ibu Tunggal 489  

    2,221,000.00

    680  

    4,027,000.00

    428  

    2,073,000.00

    1597 8,321,000.00
    Asnaf 360  

    1,270,000.00

    72  

    279,000.00

    62  

    254,000.00

    494 1,803,000.00
    Lain-lain 6794  

    31,085,000.00

    4643  

    26,240,000.00

    4866  

    24,523,000.00

    16303 81,848,000.00
    Jumlah

    Keseluruhan

     

    7643

     

    34,576,000.00

     

    5395

     

    30,546,000.00

     

    5356

     

    26,850,000.00

     

    18394

    91,972,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.