Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

108) PROGRAM HIJRAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Bumiputera Sabah dan Serawak juga turut menerima skim pinjmaman Hijrah?

    Terdapat 40 penyertaan daripada Bumiputra Sabah dan Sarawak. Peserta- peserta ini adalah warganegara Malaysia yang bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Selangor dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh HIJRAH SELANGOR.

  2. Kenapakah Bumiputra Sabah dan Serawak juga turut menerima Skim Pinjaman Hijrah Negeri Selangor?

    Syarat dan kriteria untuk melayakkan seseorang itu memperolehi manfaat dari program Hijrah adalah terbuka kepada semua bangsa dan jantina. Syarat kelayakan menyertai Hijrah adalah seperti berikut :

    • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun
    • Memiliki premis perniagaan yang khusus
    • Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
    • Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
    • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu- satu masa
    • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu- satu isirumah
    • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu- satu perniagaan perkongsian
    • Terlibat secara langsung di dalam perniagaan

Lampiran

Tiada Lampiran.