Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

263) PROGRAM HARI TANPA PLASTIK

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana pencapaian program hari tanpa plastik sehingga kini.

    Sejak kempen ini dikuatkuasakan pada Januari 2010, bilangan pasaraya yang menyertai Kempen Tanpa Beg Plastik ini semakin meningkat dari masa ke semasa. Sebanyak 74 pasaraya/peruncit telah menyertai kempen ini setakat bulan September 2010 berbanding hanya beberapa pasaraya yang terlibat semasa kempen ini mula-mula diperkenalkan. Ini menunjukkan satu pencapaian yang besar kerana kempen ini secara beransur-ansur dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan dan tanggungjawab mereka dalam menjaga alam sekitar.

    Selain itu,sehingga sekarang, orang ramai mulai kelihatan membawa beg sendiri daripada rumah untuk membeli belah bukan hanya pada hari Sabtu tetapi juga pada hari-hari lain bagi mengurangkan penggunaan beg plastik.

     

  2. Adakah program ini benar-benar dapat mendidik rakyat negeri Selangor dan membantu usaha kerajaan di dalam program tersebut.

    Tidak dinafikan terdapat beberapa aduan yang diterima tentang keberkesanan kempen ini semasa ianya mulai diperkenalkan pada awal tahun 2010. Walaubagaimanapun, sehingga kini rakyat Negeri Selangor telah mula menerima kempen ini sebagai salah satu usaha untuk mengatasi masalah alam sekitar dan bagi memastikan kemampanan alam sekitar di masa yang akan datang.

    Caj beg plastik ini telah dibuktikan keberkesanannya memerangi masalah pencemaran beg plastik di kebanyakan negara maju sebagai contoh, Ireland mengenakan caj 33 sen bagi setiap beg plastik dan telah berjaya mengurangkan 90% penggunaan beg plastik. Sekiranya langkah ini tidak diambil di Negeri Selangor, nescaya masalah pencemaran alam sekitar khususnya beg plastik tidak akan dapat diselesaikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.