Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
17) PROGRAM HARI TANPA KENDERAAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah PBT yang terlibat dengan program tersebut?
Sebanyak 10 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor telah menjalankan program Hari Tanpa Kenderaan di kawasan masing-masing iaitu:
i) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA);
ii) Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ);
iii) Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ);
iv) Majlis Perbandaran Klang (MPK);
v) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
vi) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ);
vii) Majlis Perbandaran Selayang (MPS);
viii) Majlis Perbandaran Sepang (MPSp);
ix) Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS); dan
x) Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
-
Berapakah jumlah kos perbelanjaan sepanjang program tersebut diadakan?
Anggaran jumlah kos perbelanjaan program Hari Tanpa Kenderaan adalah antara RM5,000.00 hingga RM60,000.00 bagi setiap PBT tertakluk kepada peruntukan dan perancangan yang disediakan oleh PBT masing-masing.
-
Apakah pengisian program tersebut?
Program Hari Tanpa Kenderaan memberi pengisian aktiviti berkonsepkan gaya hidup sihat di samping memelihara tenaga serta sumber bagi mengurangkan penggunaan kenderaan yang boleh mencemarkan udara di bandar. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada usahawan dan peniaga kecil untuk memperkenalkan produk jualan mereka kepada orang awam. Pameran, penggunaan basikal elektrik, e-Scooter dan aktiviti kesukanan seperti FunRun, Senam Robik, Zumba dan sebagainya juga turut menyumbang kepada pengisian dan kejayaan program Hari Tanpa Kenderaan