Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

4) PROGRAM HARI TANPA KENDERAAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan PBT yang menganjurkan program Hari Tanpa Kenderaan dan jumlah kos yang dibelanjakan oleh pihak penganjur pada tahun 2018.

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau Negeri Selangor amat menggalakkan pelaksanaan Program Hari Tanpa Kenderaan. Program ini adalah merupakan inisiatif yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor bagi mencapai sasaran penurunan karbon di kawasan bandar. Sehubungan itu, sebanyak tujuh (7) PBT telah menganjurkan Program Hari Tanpa Kenderaan pada tahun 2018. Butiran terperinci berkaitan penganjuran dan kos perbelanjaan adalah seperti berikut:
    BIL.
    PBT
    SENARAI PENGANJURAN PROGRAM HARI TANPA KENDERAAN TAHUN 2018
    KOS PENGANJURAN (RM)
    1.
    MBSA
    Penganjuran Program Hari Tanpa Kenderaan sebanyak 10 kali bermula Januari hingga Disember 2018.
    352,393.00
    2.
    MBPJ
    Penganjuran Program Hari Tanpa Kenderaan sebanyak 5 kali bermula Mac hingga Disember 2018.
    210,000.00
    3.
    MPSJ
    Penganjuran Program Hari Tanpa Kenderaan dan Jom Sihat @ Lestari MPSJ pada 28 Oktober 2018 bertempat di Jalan Kemajuan Subang SS16, Subang Jaya.
    15,150.00
    4.
    MPAJ
    Penganjuran Program Hari Tanpa Kenderaan sebanyak 11 kali yang bertempat di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah.
    90,519.82
    5.
    MPS
    Penganjuran Program Hari Tanpa Kenderaan pada 23 Februari 2018.
    40,000.00
    6.
    MPKj
    Penganjuran Program Hari Tanpa Kenderaan pada 11 November 2018.
    30,000.00
    7.
    MPSp
    Penganjuran Program Hari Tanpa Kenderaan sebanyak 9 kali bermula Mac hingga Disember 2018.
    65,035.00
    8.
    MDHS
    Penganjuran Program Tanpa Kenderaan bermula Ogos hingga Disember 2018.
    160,000.00
    JUMLAH
    963,097.82

  2. Nyatakan PBT yang telah dan akan menganjurkan program Hari Tanpa Kenderaan pada tahun ini.

    b) Manakala, senarai PBT yang telah dan akan menganjurkan Program Hari Tanpa Kenderaan pada tahun 2019 adalah seperti berikut:
    BIL.
    PBT
    PENGANJURAN HARI TANPA KENDERAAN TAHUN 2019
    1.
    MBSA
    Penganjuran Program Hari Tanpa Kenderaan telah diadakan pada 13 Januari 2019, 10 Februari 2019 dan 10 Mac 2019 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Program ini akan diteruskan sehingga Disember 2019.
    2.
    MBPJ
    Telah menganjurkan Program Hari Tanpa Kenderaan pada 10 Mac 2019 dan Program seterusnya adalah pada bulan Mei, Julai, September dan November 2019.
    3.
    MPSJ
    Penganjuran Hari Komuniti Negara 2019 dan Program Hari Tanpa Kenderaan telah diadakan pada 17 Februari 2019 bertempat di Puchong Indah.
    4.
    MPAJ
    Penganjuran Program Hari Tanpa Kenderaan telah diadakan pada 13 Januari 2019, 10 Februari 2019 dan 10 Mac 2019. Pelaksanaan program Hari Tanpa Kenderaan adalah pada setiap bulan minggu ke-2 hari Ahad di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah.
    5.
    MPS
    Penganjuran Program Hari Tanpa Kenderaan akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos 2019.
    6.
    MPKj
    Penganjuran Program Hari Tanpa Kenderaan pada bulan Oktober 2019.
    7.
    MPSp
    Akan menganjurkan Program Hari Tanpa Kenderaan sebanyak 8 kali bermula 17 Mac hingga Disember 2019.
    8.
    MDHS
    Penganjuran Program Hari Tanpa Kenderaan telah diadakan pada 26 Januari 2019, 23 Februari 2019 dan akan diadakan pada 30 Mac 2019. Program ini akan diteruskan sehingga Disember 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.