Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

90) PROGRAM GEM DAN JOM KERJA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah perbelanjaan yang terlibat dalam program tersebut?

    Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah mengambil langkah yang proaktif dengan. mewujudkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial melibatkan semua pihak antaranya Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), PEMADAM, Polis Diraja Malaysia Selangor (PDRM) dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK), berperanan untuk menjadi agen yang dapat menghasilkan perancangan strategik dalam meningkatkan usaha menangani gejala sosial secara lebih efektif.

    Susulan daripada itu pelbagai program menangani gejala sosial telah di rancang dan dilaksanakan bertujuan untuk membantu Kerajaan Negeri bagi meminimumkan senario gejala sosial yang semakin meningkat. Antara program utama yang telah dilaksanakan ialah Karnival Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang melibatkan semua daerah, jabatan dan agensi di Negeri Selangor. Maklumat terperinci mengenai pelaksanaan dan jumlah perbelanjaan program adalah seperti berikut :

    Bil Program Kos (RM)
    1. Program Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) Daerah Sepang 98,380.00
    2. Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) Daerah Kuala Selangor 88,425.00
    3. Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) Daerah Hulu Langat 86,230.00
    4. Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) IPT- UNISEL 27,200.00
    5. Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) Daerah Gombak 67,110.00
    6. Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) Daerah Klang 78,204.00
    7. Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) Daerah Sabak Bernam 78,890.00
    8. Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) Daerah Kuala Langat 53,550.00
    Jumlah 577,989.00

    Selain itu, antara pengisian di dalam karnival tersebut ialah Program Jom Kerja yang diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dengan mengadakan sesi temuduga terbuka bagi mengisi kekosongan jawatan dari peringkat SPM hingga Ijazah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyediakan peluang kerjaya kepada masyarakat tempatan, selain itu dapat membantu syarikat – syarikat yang memerlukan pekerja khususnya ditahap kritikal dengan mendahulukan penglibatan dikalangan warga tempatan. Maklumat terperici mengenai pencapaian Program Jom Kerja adalah seperti berikut:

    • Pencapaian Program Jom Kerja melibatkan Daerah Kuala Selangor dan Sabak

    Bernam pada 7 hingga 8 November 2009 di Dewan Seri Sekinchan

    Jumlah Syarikat Terlibat Pengunjung / pemohon yang mendaftar Pemohon yang

    Berjaya di temuduga

    Kos (RM)
       
    20 buah 1,078 480 3,634.00
    • Pencapaian Program Jom Kerja melibatkan Daerah Kuala Langat pada 14 hingga 15 Disember 2009 bertempat di Dewan Sri Jugra, Kuala Langat
    Jumlah Syarikat Terlibat Pengunjung / pemohon yang mendaftar Pemohon yang berjaya di temuduga Kos (RM)
       
    16 buah 1,672 670 20,385.00
    • Pencapaian Program Jom Kerja melibatkan Daerah Klang pada 9 hingga 10 Januari 2010 bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang.
    Jumlah Syarikat Terlibat Pengunjung / pemohon yang mendaftar Pemohon yang

    Berjaya di temuduga

    Kos (RM)
       
    29 buah 2,060 886 19,600.00
    • Pencapaian Program Jom Kerja melibatkan Daerah Petaling pada 3 dan 4 April 2010 bertempat di Dewan UNISEL.
    Jumlah Syarikat Terlibat Pengunjung / pemohon yang mendaftar Pemohon yang

    Berjaya di temuduga

    Kos (RM)
       
    22 buah 400 187 28,950.00
    • Pencapaian Program Jom Kerja melibatkan Daerah Hulu Selangor pada 18 April 2010 bertempat di Mini Stadium Kuala Kubu Bharu
    Jumlah Syarikat Terlibat Pengunjung / pemohon yang mendaftar Pemohon yang

    Berjaya di temuduga

    Kos (RM)
       
    20 buah 141 81 33,818.00
    • Pencapaian Program Jom Kerja melibatkan Daerah Sepang pada 9 Oktober 2010 bertempat di LKIM, Bagan Lalang Sepang.
    Jumlah Syarikat Terlibat Pengunjung / pemohon yang mendaftar Pemohon yang

    Berjaya di temuduga

    Kos (RM)
       
    10 buah 211 137 23,610.00
    • Pencapaian Program Jom Kerja melibatkan Daerah Hulu Langat pada 13 November 2010 bertempat di Dewan Dato’ Nazir, Batu 14, Hulu Langat
    Jumlah Syarikat Terlibat Pengunjung / pemohon yang mendaftar Pemohon yang

    Berjaya di temuduga

    Kos (RM)
       
    8 buah 144 118 17,634.00
    • Pencapaian Program Jom Kerja melibatkan Daerah Gombak pada 27 November 2010 bertempat di SRA Al – Furqan, Bandar Baru Selayang
    Jumlah Syarikat Terlibat Pengunjung / pemohon yang mendaftar Pemohon yang

    Berjaya di temuduga

    Kos (RM)
       
    9 buah 107 52 16,342.00
    • Pencapaian Program Jom Kerja melibatkan Daerah Kuala Langat pada 18 Jun 2011 di Dataran Pantai Morib.
    Jumlah Syarikat Terlibat Pengunjung / pemohon yang mendaftar Pemohon yang

    Berjaya di temuduga

    Kos (RM)
       
    11 70 31 8,110.00
  2. Nyatakan syarikat pengurus terlibat dan kos pengurusan.

    Kos keseluruhan yang terlibat untuk pelaksanaan Program Jom Kerja bermula tahun 2009 hingga 2011 adalah berjumlah RM172,083.00.

    Program Karnival Generasi Idaman Selangor (GeMS) dan Jom Kerja adalah di bawah portfolio Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dan pelaksanaan program tidak menggunakan perkhidmatan syarikat pengurus (event manager). Pelaksanaan program ini diurusetiakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dengan kerjasama jabatan / agensi berikut :

    • Bahagian Korporat , Pejabat SUK Selangor;
    • Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat SUK Selangor;
    • Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat SUK Selangor;
    • Perbendaharaan Negeri Selangor;
    • Selangor State Investment Corporation (SSIC)
    • Pejabat Daerah dan Tanah;
    • Majlis Daerah;
    • Majlis Perbandaran;
    • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS);
    • Polis Diraja Malaysia (PDRM);
    • Jabatan Kesihatan;
    • Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
    • Perbadanan Perpustakaan Negeri;
    • Kolej dan IPT swasta;
    • Federation Of Malaysian Manufacturers (FMM); dan NGO
  3. Apakah kayu ukur dalam pencapaian sasaran dan keberkesanan program tersebut?

    Manakala kos yang terlibat untuk pelaksanaan program tersebut adalah RM750,072.00.

    • Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab untuk merealisasikan matlamat bagi

    melahirkan masyarakat yang mampu mengembeleng tenga ke arah pembangunan negeri. Maka pihak kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan Program Jom Kerja yang melibatkan semua daerah di Negeri Selangor. Melalui program ini pihak kerajaan telah berjaya membuka peluang dan memberi pendedahan kepada seramai 5,883 orang warga tempatan berkenaan perkara berikut :

    1. Khidmat nasihat dan keperluan semasa menghadiri sesi temuduga; dan
    2. Mendapat pengalaman serta mengetahui cara bagaimana sesi temuduga dijalankan.

    Berdasarkan statistik bermula dari tahun 2009 hingga 2011 seramai 2,681 pemohon telah berjaya ditemuduga dan ditawarkan pekerjaan oleh syarikat – syarikat terlibat.

    Pelaksanaan program yang dinyatakan, menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor amat menitikberatkan tentang aspek pembangunan modal insan kerana dengan wujudnya insan cemerlang dan berkualiti dapat mengekalkan kemajuan dan pembangunan negeri selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk merakyatkan ekonomi Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.