Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
213) PROGRAM DIPLOMA BELIA DALAM KERJA PEMBANGUNAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menarik lebih ramai anak muda menyertai program tersebut?
Kerajaan Negeri amat prihatin dan menyedari akan kepentingan pendidikan kepada golongan belia khususnya di Selangor. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menarik lebih ramai anak muda menyertai Program Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan (Eksekutif) yang telah bermula pada 7 Mac 2014 di mana program ini adalah terbuka kepada semua kaum di kalangan belia yang terdiri daripada Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) , PeBT Zon dan NGO-NGO terpilih. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia (IPSAS,UPM) yang mempunyai kepakaran dalam bidang pembangunan belia.
Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri terikat dan perlu mengikuti syarat- syarat atau kriteria kemasukan berdasarkan kepada syarat Am Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Keperluan Khas Program seperti berikut :-
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lima (5) kepujian ATAU yang setara;
- Berpengalaman dalam kerja belia, kerja sosial, pengembangan, pembangunan sumber manusia dan pembangunan komuniti sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; dan
- Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM
Sebagai permulaan, seramai 38 orang calon yang telah berjaya ditawarkan ke program tersebut adalah seperti berikut :-
Bil Nama Bangsa 1. Murali A/L Kumaran India 2. Jayagantan A/L Subramaniam India 3. Tan Sook Leng Cina 4. Aslina Binti Saleh Melayu 5. Azfar Faruqi Bin Mohamad Idris Melayu 6. Fadhil Ar-Rahman Bin Mohd Ismahali Melayu 7. Fahmie Bin Salihin @ Md. Ayub Melayu 8. Hakeemullah Bin Ismail Melayu 9. Manzumi Binti Mohamed Melayu 10. Mat Suhkor Bin Sulaiman Melayu 11. Mohamad Wafiy Bin Mohamad Wahid Melayu 12. Mohammad Effendi Bin Rahim Melayu 13. Mohd Dzikhry Bin Hushin Melayu 14. Mohd Ghafilhu Zaili Bin Isa Melayu 15. Mohd Rizal Bin Abd Raman Melayu 16. Muhamad Mizan Adli Bin Mohd Noor Melayu 17. Muhammad Nawawi Munir Bin Shuib Melayu 18. Muhammad Syahmi Bin Zahari Melayu 19. Muriza Hazrul Bin Abdul Muhi Melayu 20. Nadhirah Binti Osman Melayu 21. Nur Hidayah Binti Samsuddin Melayu 22. Nur Kamarina Binti Mohamad Ibrahim Melayu 23. Nurikwan Bin Mukhtar Melayu 24. Nurul Atikah Binti Nasarudin Melayu 25. Nurul Azira Binti Mohd Sapuan Melayu 26. Syed Bahri Bin Syed Mokhtarruddin Melayu 27. Syed Nawawi Bin Syed Ali Melayu 28. Syed Shahir Bin Syed Mokhtarruddin Melayu 29. Syed Zulfauzi Bin Syed Mokhtarruddin Melayu 30. Abdul Rahim Rajah Bin Abdullah Melayu 31. Mohd Zulhaimi Bin Samsuddin Melayu 32. Muhamad Akmal Bin Haris Melayu 33. Muhamad Shafie Bin Abd Jalal Melayu 34. Nadratul Amira Binti Mohd Yusof Melayu 35. Nur Hisyam Bin Kamarun Majif Melayu Bil Nama Bangsa 36. Nurul Afzan Binti Tarmizi Melayu 37. Omar Bin Hajazi Melayu 38. Suzana Binti Atbun Melayu Walau bagaimanapun, hanya 26 orang pelajar yang telah mendaftar dalam Semester Pertama. Daripada jumlah tersebut, seramai 20 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan pada Semester Pertama manakala seramai 6 orang pelajar yang gagal menduduki peperiksaan telah ditamatkan pengajian.
Dalam usaha untuk menarik lebih ramai anak muda menyertai program tersebut, Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan temuduga kali ke-2 pada 29 Disember 2015 yang mana seramai 12 orang calon telah menghadiri temuduga tersebut. Daripada jumlah tersebut, seramai 8 orang telah berjaya dan ditawarkan untuk mengikuti program ini.
Walau bagaimanapun, pada Semester Pertama Sesi Kemasukan 2016-2017 yang telah dilaksanakan pada 5 September 2016 sehingga 8 Jan 2017, jumlah pelajar adalah seramai 26 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 22 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan manakala terdapat 4 orang pelajar yang tidak menduduki peperiksaan akhir dan telah diberhentikan. Dengan ini, sehingga kini jumlah pelajar yang mengikuti program ini adalah seramai 22 orang sebagaimana jadual di bawah :-
Bil Nama Bangsa 1. Murali a/l Kumaran India 2. Aslina binti Salleh Melayu 3. Mohd Zulhaimi bin Samsudin Melayu 4. Nurul Azira binti Mohd Sapuan Melayu 5. Nurul Afzan binti Tarmazi Melayu 6. Mohammad Effendi bin Rahim Melayu 7. Suzana binti Atbun Melayu 8. Azfar Faruqi bin Mohamad Idris Melayu 9. Nadia Sapiee Melayu 10. Hakeemullah bin Ismail Melayu 11. Afiqah binti Mohd Jamali Melayu 12. Mohammad Nazaruddin bin Shapiee Melayu 13. Muhmmad Nur Waafi bin Badruldin Melayu 14. Muhammad Ubaidillah bin Imran Melayu Bil Nama Bangsa 15. Nazarnor bin Mustafa Melayu 16. Mohammad Amirul Akram bin Razman Melayu 17. Fahmi bin Salihin @ Md. Ayob Melayu 18. Siti Normalisa binti Ramli Melayu 19. Fadhil Ar-Rahman bin Mohd Ismahali Melayu 20. Nurikhwan bin Mukhtar Melayu 21. Muhamad Mizan Adli bin Mohd Noor Melayu 22. Nadratul Amira binti Mohd Yusoff Melayu -
Nyatakan jumlah peserta program ini sejak ia dilancarkan sehingga kini mengikut bangsa.
Sama seperti di SUB (a)