Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

195) PROGRAM DIALISIS RAKYAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah Pusat Dialisis Rakyat yang ada di seluruh Negeri Selangor?

    Terdapat 4 buah Pusat Dialisis Rakyat yang terdapat di seluruh Negeri Selangor. Iaitu di Ampang, Taman Medan, Sementa dan Lembah Keramat. Walau bagaimanapun, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 9/2015 yang bersidang pada 4 Mac 2015 telah bersetuju untuk mewujudkan Panel Dialisis Sihat Selangor.

    Program ini merupakan kerjasama strategik di antara Kerajaan Negeri dan Pusat Dialisis swasta yang berdaftar di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan memilih, melawat dan mengaudit Pusat Dialisis swasta dan Pusat Dialisis swasta yang mematuhi semua syarat-syarat yang di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia akan di lantik sebagai Panel Dialisis Sihat Selangor. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan membantu membiayai sebahagian kos rawatan haemodialisis yang terpaksa ditanggung oleh pesakit berpendapatan rendah yang menerima rawatan di Panel Dialisis Sihat Selangor.

     

    Strategi ini di lihat lebih berkesan, mudah dan berimpak tinggi berbanding dengan Kerajaan Negeri mewujudkan dan menguruskan Pusat Dialisis tersebut sendiri.

  2. Nyatakan berapakah jumlah pesakit yang telah menerima rawatan sejak 2008 hingga 2014?

    Berikut merupakan jumlah pesakit yang telah menerima rawatan di Pusat Dialisis Rakyat sejak tahun 2008 hingga tahun 2014

     

     

    BIL. LOKASI PDR TARIKH MULA BEROPERASI JUMLAH MESIN JUMLAH PENERIMA
    1 Ampang 29.12.2011 12 37
    2 Taman Medan 23.2.2012 8 18
    3 Sementa 29.12.2011 8 29
    4 Lembah Keramat 6.9.2012 8 28
      JUMLAH 36 112

     

Lampiran

Tiada Lampiran.