Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

361) PROGRAM DI KAWASAN MASJID/ SURAU

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah ADN kerajaan dan pembangkang (ahli politik) dibenarkan untuk dijemput berprogram rakyat (tidak berunsur politik) dan beramah mesra dalam kawasan masjid atau surau?

    ADUN pembangkang dan ADUN kerajaan boleh menjadi jemaah atau melakukan kerja-kerja ibadat di mana-mana masjid atau surau. Walaubagaimanapun, mereka adalah tertakluk samada di pihak kerajaan atau pembangkang, berpolitik atau melakukan program politik, berucap atau mengambil peranan dan tanggungjawab pegawai masjid atau surau atau mencampuri urusan Pentadbir Masjid atau Surau yang dilakukan di ruang solat utama, ruang limpah atau kawasan masjid atau surau adalah tidak dibenarkan.

    Namun sebagai sebuah kerajaan, kehadiran Y.A.B. Menteri Besar dan EXCO Agama bolehlah dipertimbangkan mengikut kesesuaian dalam acara kerajaan yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.