Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
204) PROGRAM DAN ILTIZAM SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah program-program Selangor seperti Skim Mesra Usia Emas, Tawas, Iltizam Selangor Sihat dan lain-lain Iltizam Selangor tidak diselaraskan mengikut DUN tempat mengundi penerima?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Morib, 46 program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) terdiri daripada program-program daripada Agensi-Agensi Kerajaan Negeri yang memberi manfaat kepada rakyat Selangor. Sebanyak 12 Agensi yang terlibat dalam Iltizam Selangor Penyayang (ISP) ini, antaranya MBI, YAWAS, Selgate, LPHS dan UPEN.
Terdapat program-program ISP di mana rakyat membuat permohonan secara terus kepada agensi pelaksana tersebut tanpa melibatkan pengesahan daripada pihak Pejabat DUN sebagai contoh Program Skim Air Darul Ehsan (SADE), Iltizam Mahasiswa Selangor, Skim Rumah Selangorku dan lain-lain. Ini adalah kerana program berkenaan merupakan program yang dilaksanakan dan dikendalikan oleh Agensi Pelaksana itu sendiri berdasarkan kriteria yang ditetapkan, namun masih lagi memastikan hanya rakyat Selangor yang menikmati manfaat tersebut.
Walaupun tidak semua Program ISP tidak diselaraskan bersama Pejabat DUN di tempat pengundi penerima, namun pihak DUN masih boleh mendapatkan status permohonan dari agensi pelaksana bagi memastikan penduduk di kawasan DUN mendapat manfaat dari program yang disediakan.