Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
227) PROGRAM DAN BANTUAN UNTUK MENGUKUHKAN USUL MANSUHKAN ISA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejak usul mansuhkan ISA diluluskan di Sidang DUN Selangor, terbukti komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk menjalankan program-program selaras dengan usul tersebut. Lanjutan daripada usaha-usaha tersebut. Apakah bentuk-bentuk program dan berapa banyakkah bantuan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sehingga kini?
Beberapa program bantuan telah disalurkan dari Kerajaan Negeri iaitu di antaranya memberikan bantuan pengangkutan ke Kem Kamunting, Perak kepada keluarga mangsa tahanan ISA. Program bantuan pengangkutan ini telah dilaksanakan semenjak Julai 2008 sehingga kini dan akan diadakan dua (2) kali sebulan bergantung kepada keperluan keluarga mangsa tahanan ISA.
Sebanyak empat (4) kali lawatan telah diadakan pada tahun 2009 bermula pada April hingga Jun 2009 yang membawa keluarga mangsa tahanan ISA ke Kem Kamunting. Jadual lawatan ke Kem Kamunting bagi tahun 2009 adalah seperti berikut :-
JADUAL LAWATAN KEPADA KELUARGA MANGSA TAHANAN ISA KE KEM
KAMUNTING,PERAK TAHUN 2009 (BANTUAN PENGANGKUTAN)
BIL TARIKH KENDERAAN BAS/VAN PBT YANG TERLIBAT 1. 18.04.2009 Majlis Perbandaran Klang 2. 3.
4.
02.05.2009 16.05.2009
30.05.2009
Majlis Perbandaran Sepang Majlis Perbandaran Selayang
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
5. 6.
06.06.2009 20.06.2009
Majlis Bandaraya Petaling Jaya Majlis Perbandaran Kajang
7. 8.
04.07.2009 18.07.2009
Majlis Bandaraya Shah Alam Majlis Perbandaran Subang Jaya
9. 10.
11.
01.08.2009 15.08.2009
29.08.2009
Pejabat Daerah Gombak Pejabat Daerah Petaling
Pejabat Daerah Klang
12. 13.
05.09.2009 19.09.2009
Pejabat Daerah Kuala Langat Pejabat Daerah Hulu Langat
14. 15.
16.
03.10.2009 17.10.2009
31.10.2009
Pejabat Daerah Sepang Pejabat Daerah Hulu Selangor
Majlis Perbandaran Klang
17. 18.
07.11.2009 21.11.2009
Majlis Bandar Raya Shah Alam Majlis Bandar Raya Petaling Jaya
19. 20.
05.12.2009 19.12.2009
Majlis Perbandaran Subang Jaya Majlis Perbandaran Selayang
Manakala di lain peringkat, ahli DUN dipertanggungjawabkan dan telah mengambil maklum mengenai nama-nama keluarga mangsa tahanan ISA di kawasan masing-masing. Bantuan secara langsung diberikan melalui DUN bagi meringankan beban tanggungan keluarga mangsa tahanan berkenaan seperti sumbangan hari raya, sumbangan perbelanjaan sekolah anak dan lain-lain.
-
Apakah badan atau agensi yang telah diwujudkan oleh kerajaan bagi menjayakan secara lestari dan mapan program-program serta bantuan-bantuan ini?
Tiada badan atau agensi khas diwujudkan dalam melestarikan program dan bantuan yang diberikan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kebajikan akan bekerjasama dengan Gerakan Mansuhkan ISA mengadakan program-program selaras dengan usul tersebut.
-
Adakah kerajaan merancang untuk menerbitkan bahan-bahan kempen serta buku-buku kecil penerangan bagi pengetahuan rakyat perihal kezaliman ISA?
Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menerbitkan bahan-bahan kempen atau buku penerangan perihal kezaliman ISA. Namun begitu maklumat dan artikel mengenai hal tersebut sentiasa dimuatkan di dalam Selangor Kini bagi tujuan sebagai makluman masyarakat Negeri Selangor.