Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

125) PROGRAM CSR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program -program CSR yang dibuat oleh Syarikat -Syarikat GLC Negeri Selangor di kawasan DUN Kota Kemuning dari bagi tahun 2023?

    Sumbangan CSR MBI pada tahun 2023 di DUN Kota Kemuning berjumlah RM98,450.00 merangkumi Program Jelajah Kembali ke Sekolah, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), sumbangan bagi pembangunan komuniti, sumbangan bagi pembaikan infrastruktur sekolah, sumbangan bagi menjalankan program di bawah PIBG sekolah, sumbangan kepada masjid/surau/NGO bagi menjayakan aktiviti di bulan Ramadhan, bantuan perubatan dan kos sara hidup.

Lampiran

Tiada Lampiran.