Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

106) PROGRAM CERIA: PROGRAM CAT SEMULA PERUMAHAN BERTINGKAT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagi kawasan MPKj, berapa banyakkah perumahan bertingkat sudah dicat semula melalui program cat semula perumahan bertingkat sejak program Ceria diperkenalkan? Berapakah lagi yang yang akan dibuat pada tahun 2024?

    Berikut merupakan senarai bantuan mengecat semula bangunan dibawah program Skim CERIA dan program Iltizam Selangor Penyayang sejak Tahun 2011 sehingga Tahun 2024 adalah seperti berikut :

    Setakat ini, bagi tahun 2024 tiada bantuan mengecat di bawah Skim CERIA yang akan dilaksanakan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Selain itu, di kawasan pentadbiran MPKj pada tahun 2023 juga telah mendapat bantuan mengecat di bawah program Iltizam Selangor Penyayang (PSP) seperti berikut :

     

  2. Apakah kriteria yang ditentukan?

    Kriteria permohonan yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat permohonan Skim CERIA adalah seperti berikut :

    1. Perumahan yang didiami mestilah melebihi tempoh 10 tahun;
    2. Permohonan adalah terbuka kepada Badan Pengurusan lantikan COB PBT yang mempunyai kutipan penyenggaraan yang baik; dan
    3. Keutamaan akan diberikan kepada peratusan kependudukan warganegara yang tinggi.
  3. Siapakah yang layak memohon?

    Permohonan Skim CERIA adalah terbuka kepada semua Badan Pengurusan Pangsapuri (JMB / MC) dan Ejen Pengurusan yang dilantik Pesuruhjaya Bangunan (COB) Pihak Berkuasa Tempatan bagi Pangsapuri Skim Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah. Sekiranya pangsapuri terpilih sebagai penerima bantuan Skim CERIA, Kerajaan Negeri akan menanggung kos baik pulih sebanyak 90% dan baki 10% akan dibayar oleh pihak pengurusan bagi Skim Pangsapuri Kos Sederhana Rendah, manakala bagi Skim Pangsapuri Kos Rendah Kerajaan Negeri akan menanggung kos baik pulih 100%.

Lampiran

Tiada Lampiran.