Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
164) PROGRAM CERIA (MENGECAT SEMULA FLAT)
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan pangsapuri-pangsapuri yang telah diluluskan untuk Program Ceria (mengecat semula flat) mengikut pecahan PBT daripada tahun permulaan program ini sehingga Jun 2012.
Sebanyak 69 pangsapuri yang melibatkan anggaran RM 9.7 juta telah diluluskan untuk Skim CERIA (Caring Government for Residents’ Improvement Aid) sejak permulaan program ini diperkenalkan sehingga Jun 2012. Senarai lengkap maklumat mengikut pecahan PBT adalah seperti di Lampiran A.
-
Senaraikan jumlah nilai peruntukan yang digunakan untuk Program Ceria- mengecat semula flat mengikut pangsapuri-pangsapuri yang telah diluluskan dan pecahan PBT sejak tahun mulanya program ini sehingga Jun 2012.
Sama seperti SUB(a)
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah flat kos rendah yang tidak dapat membentuk JMB untuk menguruskan pentadbiran flat?
Beberapa langkah yang disarankan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah flat kos rendah yang gagal menubuhkan JMB adalah seperti berikut:-
- Menggalakkan penglibatan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Majlis di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berperanan sebagai orang tengah dalam menyelesaikan pertikaian antara pemaju dan penduduk atau sesama penduduk yang menjadi punca kegagalan penubuhan JMB; dan
- sekiranya masih gagal, maka peruntukan Seksyen 25 (1) Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) [Akta 663] boleh digunapakai oleh pihak Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner Of Building – COB) PBT untuk melantik ejen pengurusan bagi mengurus dan menyenggara flat kos rendah.