Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

35) PROGRAM CERIA BANGUNAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak jumlah yang disediakan untuk program ceria bangunan yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Tetap Bangunan?

    Sejumlah RM9.7 juta telah diperuntukkan di bawah program bantuan baikpulih pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah yang dikenali sebagai Skim CERIA (Caring Government for Residence Improvements’ Aid). Sebuah Tabung Amanah telah ditubuhkan pada tahun 2011 bagi tujuan pelaksanaan Skim ini. Konsep perkongsian kos antara Kerajaan Negeri dan penduduk merupakan teras kepada pelaksanaan Skim ini seperti berikut:-

    Pangsapuri Kos Rendah

    Kerajaan Negeri       –           80% JMB/MC/Persatuan Penduduk        –            20%

    Pangsapuri Kos Sederhana Rendah

    Kerajaan Negeri       –           60% JMB/MC/Persatuan Penduduk        –            40%

  2. Apakah aspek-aspek yang diperbaiki dalam program ceria bangunan ?

    Program CERIA dilaksanakan bagi tujuan membaik pulih kerosakan atau kecacatan harta bersama pangsapuri seperti yang ditafsirkan di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] seperti lif, tangki air, bumbung dan sebagainya. Aspek keselamatan, kebersihan dan keceriaan adalah kriteria utama yang akan dilihat dalam menilai kerosakan atau kecacatan harta bersama yang akan dibaikpulih. Contoh jenis baikpulih berdasarkan kepada 3 kriteria tersebut adalah seperti berikut:-

    Kriteria                                           Jenis Baikpulih

    Keselamatan                  Baikpulih lif, bumbung, sistem pencegah                                                                      kebakaran

    Kebersihan                       Baikpulih rumah sampah, sistem                                                                                   pembetungan

    Keceriaan                                       Mengecat bangunan

  3. Berapa banyak apartmen-apartmen yang telah terlibat dalam program ceria ?

    Pelaksanaan Skim CERIA dibahagikan kepada dua (2) fasa. Fasa pertama pelaksanaannya telah melibatkan 17 buah pangsapuri kos rendah dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM2.2 juta dan memberi manfaat kepada hampir 8,000 unit kediaman. Manakala fasa kedua pula melibatkan 33 pangsapuri kos rendah dan 20 pangsapuri kos sederhana rendah dengan implikasi kewangan hampir RM7.2 juta serta dimanfaatkan hampir 19,000 jumlah unit kediaman.

Lampiran

Tiada Lampiran.