Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
163) PROGRAM CERIA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah matlamat program ceria?
Program CERIA ini merupakan Skim bantuan baikpulih yang berkonsepkan perkongsian kos antara Kerajaan Negeri dan penduduk dengan nisbah 80 : 20 bagi pangsapuri kos rendah serta 60 : 40 bagi kos sederhana rendah. Antara matlamat utama Program CERIA adalah seperti berikut:-
- Mendukung dasar Negeri Berkebajikan & Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Memperhebatkan lagi program MES yang berfalsafahkan “hasil negeri untuk rakyat”
- Memangkin pembangunan komuniti “miskin bandar” Selain daripada meringankan beban ekonomi golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar, kesan baikpulih fizikal di kawasan pangsapuri kos rendah ini turut menyumbang kepada pembangunan sosial yang lebih berkualiti dan berdaya maju.
- Memastikan keselamatan rakyat dan menghindar rakyat daripada dibelenggu kesulitan. Ini kerana harta bersama seperti lif dan bumbung yang mengalami kerosakan kritikal seringkali mengundang bahaya sehingga ke tahap mengancam nyawa.
- Membina masyarakat yang mempunyai keprihatinan sosial dan persekitaran tempat kediaman. Konsep perkongsian kos ini mampu memobilisasi masyarakat untuk bekerjasama dalam mengumpul dana yang mencukupi di samping mendidik komuniti mengenai kepentingan membayar caj penyenggaraan.
-
Berapa banyakkah kawasan yang terlibat dengan program ini?
Pelaksanaan Skim CERIA dibahagikan kepada dua (2) fasa. Fasa pertama pelaksanaannya telah melibatkan 17 buah pangsapuri kos rendah dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM2.2 juta dan memberi manfaat kepada hampir 8,000 unit kediaman. Manakala fasa kedua pula melibatkan 33 pangsapuri kos rendah dan 20 pangsapuri kos sederhana rendah dengan implikasi kewangan hampir RM7.2 juta serta dimanfaatkan hampir 19,000 unit kediaman.
-
Bagaimanakah prestasi perlaksanaan program Ceria ini?
Daripada 17 kawasan yang terlibat di dalam fasa I pada 2011, 11 kawasan telah siap dibaik pulih kerosakan harta bersama yang membabitkan lif, bumbung, saluran air hujan (gutter), tangki air dan pembentong. Prestasi pelaksanaannya adalah seperti berikut:-
BIL NAMA PBT DEWAN JUMLAH ANGGARAN KOS DESKRIPSI KEMAJUAN KEROSAKAN KERJA PANGSAPURI UNDANGAN UNIT (RM) HARTA NEGERI BERSAMA (DUN) 1. Pangsapuri Ampang
Mewah, Jalan
Mewah 8
MPAJ LEMBAH JAYA 428 69,300 4 unit tangki 100% 2. Flat 700, Pandan
Perdana
MPAJ TERATAI 700 357,000 4 unit lif 5% 3. Pangsapuri Sri Intan, Ampang
MPAJ LEMBAH JAYA 208 120,750 1 unit lif 100% 4. Pangsapuri Flora
Damansara A &
B
MBPJ BUKIT LANJAN
651 223,400 4 unit lif 15% 5. Pangsapuri Desa
Perangsang
Blok A & B
MBPJ TAMAN MEDAN
1,157 108,475.50 2 unit lif 100% 6. Apartment Taman Medan
Jaya Blok C
MBPJ TAMAN MEDAN
300 8,144.85 2 unit lif 100% 7. Flat Taman Medan 32 (Blok
A-E), Taman
Medan Baru
MBPJ TAMAN MEDAN
421 262,500 Salur air hujan (gutter) 5 blok 100% 8. Rumah Pangsa Kos Rendah Blok 1 Desa
Mentari
MBPJ SERI SETIA 500 45,078.60 2 unit lif 100% 9. Flat Taman Sri Aman
MBPJ KAMPUNG TUNKU
296 138,442.50 3 unit lif 50% 10. Tembikai & Pulasan Court
MPSJ SERI KEMBANGAN
350 60,354 Salur air hujan (gutter) 100% 11. Pangsapuri Kos Rendah Taman
Langat Utama
MDKL DENGKIL 480 98,595 Kerosakan bumbung yang menjejaskan 16 unit tingkat 5 Blok G
100% 12. Flat Taman Damai Jaya
MPKj KAJANG 80 19,005 Pembentong di Blok C 100% 13. Pangsapuri Pinggiran
Delima Blok D &
E
MPKj DUSUN TUA 214 44,205 Bumbung Blok D & E 100% 14. Pangsapuri Mentari
MBSA KOTA DAMANSARA
180 49,350 3 unit lif 100% 15. Pangsapuri Blok Mawar &
Cempaka
MPK KOTA ANGGERIK
850 367,500 5 unit Lif 5% 16. Pangsapuri Pendamar 7A
MPK PELABUHAN KLANG
200 (anggarankerana JMB tiada rekod)
115,500 2 unit lif 95% 17. Rumah Pangsa Kos Rendah
Taman Kosas
MPAJ LEMBAH JAYA 617 199,500 Kerosaka Bumbung melibatkan 134 unit
JMB masih gagal menjelaskan bayaran komitmen 10%
JUMLAH 7,848 RM2,287,140.45 Manakala bagi fasa II, sebanyak 30 pangsapuri telah membayar 5% komitmen bagi tujuan mula kerja. 5 daripadanya telah pun dimulakan kerja baikpulih dan selebihnya dalam peringkat akhir proses perolehan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku Pengurus Projek.