Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
54) PROGRAM CERIA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak permohonan-permohonan yang telah dilaksanakan dan ditolak semenjak ia dilaksanakan ?
Sebanyak 113 permohonan telah ditawarkan mengikut fasa sehingga Mei 2013. Manakala 13 daripada 113 penerima tawaran telah menolak tawaran sekaligus digugurkan daripada senarai penerima. Status pelaksanaan bagi 100 penerima tawaran Skim CERIA adalah seperti berikut:-
Fasa Status Jumlah Siap Dalam pelaksanaan Proses perolehan Proses penyelesaian isu teknikal Proses melengkapkan surat akujanji I (Tahun
2011)
20 – – – – 20 II (Tahun
2012)
47 4 2 3 2 58 III (Tahun
2012)
4 10 5 2 1 22 Jumlah 68 14 7 5 3 100 Setakat ini, terdapat 5 permohonan yang telah ditolak atas sebab-sebab berikut:-
- Pemohon bukan di bawah kategori kos rendah (julat harga belian pertama/daripada pemaju RM42,000.00 dan ke bawah) dan kos sederhana rendah (julat harga belian pertama/daripada pemaju : atas RM42,000.00 sehingga RM72,000.00); dan
- pangsapuri pemohon bukan terletak di Negeri Selangor.
-
Berapa banyak permohonan-permohonan yang di dalam senarai menunggu?
Setakat 5 Mei 2013, terdapat 99 permohonan yang diletakkan di bawah senarai menunggu.