Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

11) PROGRAM CERIA

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Peruntukan bagi penyelenggaraan lif dan pengindahan rumah pangsa kos rendah telah dinaikkan kepada RM 55 juta. Bagaimanakah pengagihan peruntukan tersebut dibuat?

    Peruntukan sejumlah RM55 juta bagi penyelenggaraan lif dan pengindahan rumah kos rendah adalah kesinambungan daripada Skim CERIA sejumlah RM25 juta sedia ada dengan tambahan sejumlah RM30 juta untuk Skim SMART Lift Improvement For Quality Life (SMART LIFE) pada tahun 2017.

    Terdapat perbandingan di antara Skim CERIA dan Skim SMART LIFE seperti berikut:

    • Skim CERIA adalah bantuan baik pulih harta bersama secara perkongsian kos antara Kerajaan Negeri dan penduduk seperti berikut:
    Bil Kategori Pangsapuri Julat Harga

    Belian

    Pertama (RM)

    Perkongsian Kos Baik

    Pulih di bawah Skim

    CERIA

    Kerajaan Penduduk
    1. Kos Rendah / Rumah Selangorku Jenis A 42,000.00 dan ke bawah 80% 20%
    2. Kos Sederhana Rendah / Rumah

    Selangorku      Jenis      B

    /C1

    Atas 42,000.00 hingga 150,000.00 60% 40%
    3. Kos                 Sederhana

    Tinggi/Rumah

    Atas

    150,000.00

    40% 60%
      Selangorku Jenis C2/D sehingga 250,000.00    
    • Skim SMART LIFE adalah bantuan khusus untuk lif diberikan kepada pangsapuri kos rendah sahaja (RM42,000.00 ke bawah) seperti berikut:
    • Bantuan baik pulih lif secara percuma tanpa perkongsian kos daripada penduduk.
    • Bantuan bayaran fi fima kompeten untuk penyenggaraan lif (kontrak komprehensif).

    Pengagihan peruntukan bagi RM55 juta adalah seperti berikut:

    JENIS BANTUAN JUMLAH PERUNTUKAN

    (RM)

    CERIA 13 Juta
    L‟CERIA (Lif) 5 Juta
    PERMAI CERIA (Migrasi Meter Air Individu) 7 Juta
    SMART LIFE (Lif Pangsapuri Kos Rendah Secara Percuma Tanpa Perkongsian Kos) 30 Juta
    JUMLAH 55 Juta
  2. Nyatakan flat kos rendah serta nilai yang diterima.

    Senarai pangsapuri kos rendah yang menerima bantuan Skim CERIA adalah seperti di LAMPIRAN A. Setakat ini, sejumlah 183 pangsapuri kos rendah telah menerima bantuan Skim CERIA dengan nilaian sejumlah RM55,857,961.30 (Keseluruhan projek CERIA adalah 254 pangsapuri dengan nilaian RM84,184,044.90).

    Manakala, senarai pangsapuri kos rendah yang menerima bantuan SMART LIFE adalah seperti LAMPIRAN B1 dan B2.  Setakat ini, penerima bantuan SMART LIFE adalah 36 kawasan, 165 unit lif dengan nilaian sejumlah RM23,527,734.04 seperti berikut:

    Perkara Peruntukan (RM) Jumlah

    Pangsapuri Dan

    Unit Lif

    Nilaian Kos (RM)
    Baikpulih 22 juta 17 kawasan

    (88 unit lif)

    22,833,458.20
    Bayaran bantuan fi firma kompeten lif 7 juta 21 kawasan

    (77 unit lif)

    694,275.84
    JUMLAH 30 Juta 38 kawasan

    (165 unit lif)

    23,527,734.04

    Untuk peserta bagi bantuan bayaran fi firma kompeten lif, LPHS akan terus dari semasa ke semasa mengenal pasti pangsapuri kos rendah yang mempunyai kontrak komprehensif bersama firma kompeten lif dengan Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan.

  3. Mengapa peruntukan ADUN diambil untuk lunaskan pembayaran tunggakan rumah-rumah kos rendah?

    Dasar bantuan Skim CERIA menetapkan kewajipan kepada penduduk untuk membayar balik kos baik pulih CERIA sebanyak 20% untuk pangsapuri kos rendah dan 40% untuk pangsapuri bukan kos rendah. Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai pendekatan untuk memujuk JMB/MC bagi pangsapuri berkaitan untuk membayar semula kos baik pulih mengikut peratusan ditetapkan sehingga pada tahap menyediakan pelan ansuran serendah RM5 seunit rumah.  Namun JMB/MC terlibat masih gagal membuat bayaran ansuran kerana penduduk tidak memberi kerjasama dan hasil kutipan caj sedia ada sangat terhad untuk menanggung perbelanjaan penyenggaraan dan pengurusan pangsapuri sedia ada.  Oleh itu, sebagai langkah kepada pematuhan dasar Skim CERIA seperti komitmen daripada pangsapuri lain dan mengelakkan daripada pangsapuri ini terus disenaraihitam untuk ditawarkan lain-lain skim pada masa akan datang, bayaran melalui peruntukan ADN dibuat untuk meringankan beban JMB/MC tersebut.

    SENARAI PANGSAPURI SMART LIFE – BANTUAN BAIKPULIH

    PBT BILANGAN PANGSAPURI NAMA PANGSAPURI JUMLAH UNIT LIF IKUT

    PANGSAPURI

    ANGGARAN NILAIAN BANTUAN STATUS PELAKSANAAN
    MBSA 1 Rimba Seksyen 16 5 1,520,000.00 Mesyuarat Jawatankuasa Runding Harga Terus pada 10

    Julai 2017. Sedang tunggu dokumen dari firma kompeten lif untuk dikemuka kepada PWN bagi kelulusan selanjutnya.

    MBPJ 5 Desa Mentari Blok 1 2 205,970.00 Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan pada 30 Jun  2017.
    Desa Mentari Blok 8 2 856,000.00 Mesyuarat Jawatankuasa Runding Harga Terus pada 10

    Julai 2017. Sedang tunggu dokumen dari firma kompeten lif untuk dikemuka kepada PWN bagi kelulusan selanjutnya.

    Desa  Sepakat Blok A & B 4 668,000.00 Mesyuarat Jawatankuasa Runding Harga Terus pada 10

    Julai 2017. Sedang tunggu dokumen dari firma kompeten lif untuk dikemuka kepada PWN bagi kelulusan selanjutnya.

    Flora Damansara Blok A & B 8 2,000,000.00 Fasa 2. Surat mohon anggaran kos telah dikemukakan kepada JMB/MC pada 5 Julai 2017
    Desa Ria fasa 5A & 5B 12 3,000,000.00 Fasa 2. Surat mohon anggaran kos telah dikemukakan pada

    5 Julai 2017

    MPK 1 Seri Perantau Blok A-L               (skim ikut blok) 24 7,401,467.80 Kerja awalan baikpulih lif telah dibuat pada 12 Julai 2017.  Tarikh jangka siap pada Disember 2018
    MPSJ 1 Seri Mutiara 8 2,000,000.00 Fasa 2. Surat mohon anggaran kos telah dikemukakan kepada JMB/MC pada 5 Julai 2017

     

    PBT BILANGAN PANGSAPURI NAMA PANGSAPURI JUMLAH UNIT LIF IKUT

    PANGSAPURI

    ANGGARAN NILAIAN BANTUAN STATUS PELAKSANAAN
    MPAJ 6 Kos Rendah Pandan Utama, Persiaran Pandan Utama 5A 2 460,000.00 Mesyuarat Jawatankuasa Runding Harga Terus pada 10

    Julai 2017. Sedang tunggu dokumen dari firma kompeten lif untuk dikemuka kepada PWN bagi kelulusan selanjutnya.

    Dahlia, Ukay Bistari 2 510,000.00 Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan pada 3 Julai 2017.
    Sri Mutiara, Ukay Bistari 2 484,528.00 Lantik Pengurus Projek (PMC) pada 14 Jun 2017. PMC dalam proses tender untuk lantik firma kompeten lif.
    Kos Rendah Pandan Cahaya (RPR) 15 Tingkat 2 580,000.00 Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan pada 10 Julai 2017.
    Blok A2 & A3, Taman Bukit Segar  Fasa 1 4 335,808.00 Mesyuarat Jawatankuasa Runding Harga Terus pada 10

    Julai 2017. Sedang tunggu dokumen dari firma kompeten lif untuk dikemuka kepada PWN bagi kelulusan selanjutnya.

    Mesra Ria, Taman Pandan Mesra 3 811,684.40 Menunggu pengesahan muktamad firma kompeten lif sedia ada untuk masuk dalam Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Harga Terus.
    MPKj 2 Kos Rendah Taman Tasik Sg. Chuan 2 500,000.00 Fasa 2. Surat mohon anggaran kos telah dikemukakan kepada JMB/MC pada 5 Julai 2017
    Rumah Pangsa Kajang Impian 2 500,000.00 Fasa 2. Surat mohon anggaran kos telah dikemukakan kepada JMB/MC pada 5 Julai 2017

     

    PBT BILANGAN PANGSAPURI NAMA PANGSAPURI JUMLAH UNIT LIF IKUT

    PANGSAPURI

    ANGGARAN NILAIAN BANTUAN STATUS PELAKSANAAN
    MPS 2 Kota Warisan 2 500,000.00 Fasa 2. Surat mohon anggaran kos telah dikemukakan kepada JMB/MC pada 5 Julai 2017
    Batai 2 500,000.00 Fasa 2. Surat mohon anggaran kos telah dikemukakan kepada JMB/MC pada 5 Julai 2017
    JUMLAH 18   88 22,833,458.20  

     

    PENYENGGARAAN LIF (KONTRAK KOMPREHENSIF)

    PBT BIL

    PANGSAPURI

    NAMA PANGSAPURI JUMLAH UNIT LIF ANGGARAN NILAIAN

    BANTUAN (SETAHUN) RM

    MBPJ 2 Damansara Bestari Blok C 2 18,876.48
    Damansara Bestari Blok D 2 17,604.48
    MPK 3 Pendamar 7A 1 7,632.00
    Pendamar 7B 3 17,172.00
    Mutiara Bukit Raja –  Fasa 2 2 20,352.00
    MPSJ 4 Seri Kayan 4 49,989.60
    Anggerik 2 15,264.00
    Sri Tanjung 8 55,968.00
    Pangsapuri Belimbing Cempaka 2 19,200.00
    MPAJ 7  Ukay Indah 6 38,160.00
    Bukit Segar Blok A1 2 12,720.00

    PENYENGGARAAN LIF (KONTRAK KOMPREHENSIF)

    PBT BIL

    PANGSAPURI

    NAMA PANGSAPURI JUMLAH UNIT LIF ANGGARAN NILAIAN

    BANTUAN (SETAHUN) RM

        Blok Tanjung 2 51,007.20
    Saga Suria, Taman Saga 3 26,712.00
    Pandan Ria Blok A & B 4 25,440.00
    Permai Court 2 2 22,641.60
        Sri Nilam 12 83,952.00
    MPKj 2 Teratai, Taman Anggerik Perdana 2 14,678.88
    Teratai Mahkota Cheras 8 81,408.00
    MPS 3 Desa Satu (Desa Aman Puri) 14 105,957.60
    Selaseh 1 9540.00
    Sri Saujana & Saujana Ria Apartmen 6 62,328.00
    MPSp 1 Cengal 2 27,984.00

    PENYENGGARAAN LIF (KONTRAK KOMPREHENSIF)

    PBT BIL

    PANGSAPURI

    NAMA PANGSAPURI JUMLAH UNIT LIF ANGGARAN NILAIAN

    BANTUAN (SETAHUN) RM

    JUMLAH 22   90                   784,587.84

    STATUS: SEDANG MENUNGGU PENYALURAN PERUNTUKAN DARI UPEN KEPADA LPHS UNTUK

    PROSES PEMBAYARAN SELANJUTNYA

Lampiran

Tiada Lampiran.