Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

193) PROGRAM CEGAH DENGGI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perbandingan statistik kes sejak 2014 hingga Feb 2016? nyatakan.

    Pada tahun 2014, sebanyak 54,289 kes denggi telah dicatatkan di negeri Selangor. Kes ini meningkat kepada 63,198 kes pada tahun 2016. Sehingga Februari 2016, Selangor mencatatkan kes sebanyak 12,776. Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah sejak tahun 2014 sehingga Februari

     

     

    DAERAH

     

    2014

     

    2015

     

    FEBRUARI 2016

     

    Petaling

     

    24,094

     

    25,477

     

    4,732

     

    Hulu Langat

     

    11,748

     

    14,919

     

    2,906

     

    Klang

     

    7,443

     

    8,404

     

    2,322

     

    Gombak

     

    7,266

     

    7,915

     

    1,345

     

    Sepang

     

    527

     

    2,757

     

    442

     

    Hulu Selangor

     

    1,301

     

    1,204

     

    273

     

    Kuala Langat

     

    861

     

    1,294

     

    452

     

    Kuala Selangor

     

    799

     

    905

     

    208

     

    Sabak Bernam

     

    250

     

    323

     

    96

     

    JUMLAH

     

    54,289

     

    63,198

     

    12,776

     

  2. Apakah telah ada satu jawatankuasa bersama yg melibatkan EXCO lain?

    Pada masa ini, EXCO Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah telah terlibat di dalam isu denggi bagi membantu menangani kes Denggi berdasarkan bidangkuasa Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan. Beberapa mesyuarat Denggi yang diadakan secara dwi mingguan juga telah melibatkan kerjasama daripada Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan.

  3. Bagaimanakah konsep penerangan dan didik rakyat disalur ke sekolah dan institusi semua agama?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited memberikan penerangan dan didikan pencegahan Denggi termasuk di sekolah dan institusi agama. Pihak PBT dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) telah menjalankan pelbagai inisiatif dan aktiviti bagi memastikan penerangan dan didikan berkaitan pencegahan Denggi ini disampaikan secara menyeluruh. Antara usaha-usaha tersebut adalah:

     

    • Meningkatkan kesedaran awam mengenai pemeriksaan & pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes serta bahaya denggi terhadap kesihatan melalui taklimat termasuk di tadika, sekolah, IPT dan institusi agama.

     

    • Menjalankan program ‘Terjah & Musnah Aedes’ yang menitikberatkan aktiviti pencegahan di kawasan yang berisiko di sekolah-sekolah, tadika, IPT, masjid, surau dan rumah-rumah

     

    • Memberi taklimat dan kempen ke sekolah-sekolah dan melalui khutah Jumaat serta ceramah di masjid dan surau. Pada tahun 2016, kerjasama ini akan diteruskan bersama pihak JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bagi memberikan penerangan dan kesedaran masyarakat di dalam khutbah Jumaat dan ceramah / tazkirah di masjid dan

     

    • Mengedarkan risalah dan abate di setiap program

     

    • Memperkenalkan silibus pendidikan kesihatan kepada murid tadika dan sekolah Negeri Selangor dan memasukkan isu-isu

    Terdapat juga beberapa program Khas yang telah dijalankan oleh PBT bagi mendidik golongan ini terhadap isu Denggi. Sebagai contoh di MPK, telah menjalankan Program Cikgumu Cantik (Cikgu dan Murid Cari Jentik-jentik) di peringkat sekolah. Selain itu, pihak MPSp telah menjalankan program Dengue Action Kids (DAK) dan Bas Sekolah Tanpa Aedes (BATAS).

    Mesyuarat Membincangkan Isu Wabak Denggi di Negeri Selangor bil 4/2016 pada 15 Mac 2016 telah menetapkan bahawa pihak JKNS melalui Jabatan Promosi Kesihatan akan menjalankan promosi pendidikan kesihatan yang lebih agresif terutama kepada sekolah-sekolah dan masyarakat secara keseluruhannya. Pengisian program ini lebih tertumpu kepada isu-isu Denggi dan aspek-aspek penjagaan kesihatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.