Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

170) PROGRAM BOLA SEPAK DI BAWAH UMUR 12 TAHUN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan kerajaan untuk mencungkil bakat?

    Peranan Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk mencungkil bakat ini adalah dengan mengadakan program jangkamasa pendek dan panjang untuk program di bawah 12 tahun ini. Terdapat lebih dari 10 kelab – kelab bolasepak yang bergabung dengan Persatuan Bolasepak Selangor yang aktif menjalankan latihan dan program – program pembangunan khas untuk bawah 12 tahun ini di samping mencungkil bakat.

  2. Peruntukan tahunan dan biasiswa?

    Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor ada menyediakan memperuntukkan khas kepada persatuan bola sepak tetapi ianya akan disalurkan berdasarkan permohonan Persatuan tersebut. Bagi peruntukan biasiswa khas sukan bolasepak, pihak Majlis Sukan Negeri Selangor tidak mempunyai sebarang bentuk biasiswa kepada atlet-atlet bolasepak kecuali insentif atau ganjaran seperti yang telah diperuntukkan dan ianya sama dengan sukan-sukan yang lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.