Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

15) PROGRAM BLUE PRINT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah penerima bantuan peralatan di bawah program blue print di daerah Klang dan Petaling dan jelaskan aduan kenapa peralatan ini lambat di hantar walaupun telah diluluskan

    Jumlah penerima bantuan peralatan bagi daerah Klang adalah seramai 41 orang dan Petaling seramai 45 orang.  Kelewatan adalah disebabkan oleh beberapa perubahan dari aspek prosedur perolehan dan perbekalan bagi pelaksanaan Program Bantuan Peralatan Blueprint. Pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang diadakan pada Ogos lepas, Jawatankuasa telah bersetuju agar peruntukan bagi pelaksanaan program peralatan Blueprint diturunkan kepada Pejabat Daerah yang berkenaan untuk pelaksanaan. Justeru, apabila prosedur tersebut telah diperkemaskan, aspek pelaksanaan akan dapat dipercepatkan dan proses pemantauan akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.  Peralatan tersebut telah pun mula diedarkan kepada para penerima bantuan dan Jawatankuasa akan memantau serta memastikan pelaksanaan program bantuan ini diteruskan dengan lebih efisien memandangkan jumlah permohonan yang diterima juga semakin meningkat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.