Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
36) PROGRAM BINGKAS DAN KISS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan berhasrat meningkatkan jumlah penerima BINGKAS bagi tahun 2023?
Jawapan ini dijawab bersekali dengan Soalan No. 110 Yang Berhormat Datuk Rizam Bin Ismail (N01 Sungai Air Tawar), Soalan No. 127 Yang Berhormat Puan Rozana Binti Zainal Abidin (N09 Permatang) dan Soalan No. 170 Yang Berhormat Tuan Chua Wei Kiat (N14 Rawang) berkaitan tajuk yang sama.
Kerajaan Negeri telah menaikkan sebanyak 5,000 kuota baharu bagi jumlah keseluruhan kuota Program BINGKAS kepada 30,000 penerima berbanding kuota bagi Program KISS sebelum ini sebanyak 25,000 penerima.
Pecahan kuota bagi setiap DUN adalah ditetapkan berdasarkan jumlah terkini pengundi di kawasan DUN mengikut statistik dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang diwartakan pada 17 Januari 2022. Pembahagian kuota adalah seperti berikut: –
- DUN yang mempunyai bilangan pengundi bawah 50,000 pengundi akan menerima sebanyak 337 kuota penerima;
- DUN yang mempunyai bilangan pengundi sebanyak 50,001 hingga 75,000 pengundi akan menerima sebanyak 506 kuota penerima;
- DUN yang mempunyai bilangan pengundi sebanyak 75,001 hingga 100,000 pengundi akan menerima sebanyak 674 kuota penerima; dan
- DUN yang mempunyai bilangan pengundi melebihi 100,000 pengundi akan menerima sebanyak 843 kuota penerima.
Sehubungan itu, dengan pertambahan kuota baharu sebanyak 5,000 penerima, Kerajaan Negeri pada ketika ini masih mengekalkan kuota semasa bagi program BINGKAS.