Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
216) PROGRAM BINGKAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah terdapat sebarang kuota khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) serta ibu bapa kepada anak istimewa untuk BINGKAS?
Program BINGKAS adalah terbuka untuk semua golongan yang berkelayakan termasuk golongan Orang Kurang Upaya serta ibu bapa kepada anak istimewa. Buat masa ini tiada kuota khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU), walau bagaimanapun Kerajaan Negeri bersedia untuk mempertimbangkan keperluan kuota khas bagi ibu bapa kepada anak istimewa di Selangor.
-
Adakah terdapat sebarang perancangan untuk menambah kuota BINGKAS?
Telah dijawab bersekali dengan Soalan No. 133 oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang mengenai kuota BINGKAS dan ISS.
Buat masa ini Kerajaan Negeri masih mengekalkan kuota semasa yang terpakai bagi program BINGKAS dan Iltizam Selangor Sihat (ISS). Kerajaan Negeri akan meneliti mengenai keperluan meningkatkan kuota BINGKAS bagi setiap DUN.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengambil maklum berhubung cadangan daripada Yang Berhomat bagi penyelarasan semula kuota BINGKAS dan ISS disebabkan oleh pertambahan pengundi di setiap DUN khususnya DUN Pelabuhan Klang. Kerajaan Negeri akan meneliti jumlah terkini pengundi di setiap DUN dan melihat jika terdapat keperluan ketara bagi penyelarasan semula kuota tersebut berdasarkan kedudukan kewangan semasa.