Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

21) PROGRAM BINGKAS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan penerima manfaat BINGKAS berbelanja secara berhemah terutamanya untuk membeli makanan yang berkhasiat?

    Bagi memastikan penerima manfaat BINGKAS berbelanja secara     berhemah terutamanya untuk membeli makanan yang berkhasiat, Kerajaan Negeri telah menetapkan kategori barangan makanan yang boleh dibeli iaitu barang keperluan asas seperti beras, daging, ayam, ikan, sayur-sayuran, telur, tepung, mi, bihun, roti, rempah ratus, garam, gula, sos, kicap dan minyak masak. Para penerima manfaat adalah tidak dibenarkan untuk membeli makanan berproses, makanan segera dan makanan dalam tin supaya penerima BINGKAS dapat menyediakan makanan berkhasiat kepada keluarga

  2. Nyatakan trend pembelian barangan oleh penerima manfaat BINGKAS.

    Trend pembelian barangan oleh penerima manfaat BINGKAS setakat 30 September 2023 adalah seperti berikut:

     

    No. Kategori Peratusan (%)
    1 Beras 33.17
    2 Rempah Ratus / Sos / Kicap 18.01
    3 Daging / Makanan Laut 13.49
    4 Sayur / Buah 7.21
    5 Lampin Pakai Buang 5.96
    6 Sabun / Kelengkapan mandian dan bahan pencuci 4.89
    7 Roti 4.20
    8 Gula / Garam 3.77
    9 Biskut 3.01
    10 Tepung 1.67
    11 Telur 1.65
    12 Produk Tenusu 1.51
    13 Minyak Masak 0.98
    14 Mi & Bihun 0.46
    15 Barangan Persekolahan 0.02
    16 Buku Ilmiah / Akademik
    17 Ubat-ubatan
    Jumlah 100.00
  3. Apakah "exit policy" BINGKAS supaya bantuan boleh disasarkan kepada pendaftar baru yang lebih memerlukan?

    Untuk makluman, Kerajaan Negeri menetapkan ‘exit policy’ tempoh penerima manfaat BINGKAS yang telah berdaftar adalah selama 24 bulan sahaja. Pada bulan ke – 22, penerima BINGKAS akan mendapat mendapat notifikasi untuk mereka mengemaskini maklumat bagi tujuan pemutihan.

Lampiran

Tiada Lampiran.