Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
75) PROGRAM BELIA DAN ANAK MUDA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah peluang pekerjaan disediakan oleh anak syarikat kerajaan negeri kepada Belia?
Secara umumnya, anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor bekerjasama dalam memberi peluang pendidikan kepada Belia dalam menyediakan Latihan Teknikal yang dikendalikan oleh Inspen International College dan Latihan
Siswazah oleh Perangsang. Usaha-usaha ini merupakan titik permulaan kepada Belia dalam membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan pada masa hadapan.
-
Apakah langkah- langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi membantu anak muda yang terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi seperti perlu menganggung yuran tinggi anak-anak di tadika dan taska?
Di antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah sebagaimana berikut :-
- Kerajaan Negeri perlu membina tadika dan taska di bawah Jabatan masing-masing dengan peruntukan yuran bulanan adalah lebih murah berbanding dengan yuran tadika dan taska di tempat yang lain.
- Selain itu, Kerajaan Negeri juga perlu memperuntukkan insentif untuk penjagaan anak-anak di tadika dan taska.
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membina Pusat Kegiatan Belia di semua DUN?
Pihak Kerajaan Negeri sememangnya bercadang dan berusaha untuk membina pusat kegiatan Belia di semua Dun di seluruh Negeri Selangor dengan cara berperingkat-peringkat. Oleh itu, Pihak Kerajaan telah membuktikan dengan membina Dataran Anak Muda di Dun Ijok, Tanjung Karang dan Meru.