Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

72) PROGRAM BELIA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program yang telah dijalankan pada tahun ini oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri begitu komited dalam usaha membangunkan belia di negeri Selangor
    melalui program-program yang dianjurkan. Antara program yang telah dilaksanakan
    sepanjang tahun ini ialah:
    1) Karnival Sukan Belia dan Beliawanis Kapar
    2) Program Pembangunan Belia (anjuran bersama Yayasan Selangor)
    3) Konvensyen Agenda Pembangunan Belia
    4) Karnival Street Soccer
    5) Program Belia Tani (penternakan Ikan Air Tawar)
    6) Program Klinik Frisbee
    7) Program Menjana Ekonomi Kelab Belia
    8) Program Jalinan Semarak Budi
    9) Kursus Video Shooting “Ampang Speaks Through Video”
    10) Persidangan Meja Bulat Siri I dan II
    11) Sesi Percambahan Idea Pembangunan Belia
    12) Program Tautan Bakti
    13) Retreat Garis Panduan Penggerak Belia Tempatan
    14) Karnival Sukan Jalanan dan Bazar Belia SUKSES
    15) Majlis Pelantikan Pengerusi Penggerak Belia Tempatan peringkat Zon
    16) Festival of Youth 2009
    17) Kursus Kepimpinan Penggerak Belia Tempatan Siri I, II dan III
    18) Youth In Community di Sijangkang, Ampang dan Sabak Bernam
    19) Kejohanan Jelajah Futsal Gen-S 2009 di seluruh PBT serta peringkat Negeri.

  2. Berapakah perbelanjaan yang telah di biayai oleh Kerajaan Negeri?

    Sehingga 31 Oktober 2009, sebanyak RM 3,082,000.00 atau 88% daripada RM 3.5 juta
    yang diperuntukkan telah dibelanjakan bagi program pembangunan belia. Sejumlah
    besar RM 2,030,000.00 daripada jumlah tersebut telah dibelanjakan bagi perlaksanaan
    program Penggerak Belia Tempatan di seluruh Selangor bermula Ogos yang lalu.
    Lebihan peruntukan yang tinggal a

  3. Bagaimanakah sambutan belia-belia antara kaum?

    Kerajaan Negeri tidak mengehadkan sesuatu program hanya untuk satu kaum sahaja
    dan Kerajaan Negeri bersyukur kerana sentiasa menerima penglibatan pelbagai kaum
    bagi setiap kali program yang diadakan.
    Sebagai contoh, Program Berbuka Puasa dan Belia Dalam Masyarakat Bersama YAB
    Dato’ Menteri Besar Selangor yang diadakan di Masjid Saidiah, Pasir Panjang pada
    bulan Ramadhan yang lalu. Untuk pengetahuan Ahli Dewan, pengisian bagi program ini
    adalah gotong royong memasak bubur lambuk, membersihkan kawasan dan mengecat
    pagar masjid. Apa yang mengharukan ialah belia-belia kaum lain selain daripada Islam
    telah sama turun menyumbang tenaga dengan melakukan aktiviti gotong-royong yang
    dinyatakan tadi bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya.
    Antara contoh yang lain lagi ialah Konvensyen Agenda Pembangunan Belia Negeri
    Selangor yang telah diadakan di Hotel Hilton pada bulan Jun yang lepas. Penerimaan
    program ini daripada pelbagai kaum adalah sangat menggalakkan yang mana peratusan
    kedatangan seperti berikut :
    1) Kaum Melayu sebanyak 49 peratus;
    2) Kaum India sebanyak 37 peratus; dan
    3) Kaum Cina sebanyak 14 peratus.

Lampiran

Tiada Lampiran.