Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

287) PROGRAM BANTUAN SIHAT SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai perancangan untuk turut menyediakan kemudahan alatan senaman (outdoor gym) di bawah Bantuan Sihat Selangor di taman-taman rekreasi awam yang mesra untuk kegunaan masyarakat setempat termasuk warga emas?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Kerajaan Negeri tidak menyalurkan peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menyediakan kemudahan fasiliti alatan senaman di bawah Program Bantuan Sihat Selangor. Walau bagaimanapun, PBT Negeri Selangor menggunakan peruntukan sedia ada masing-masing bagi menyediakan atau membaik pulih kemudahan alatan senaman (outdoor gym) di taman rekreasi untuk kegunaan masyarakat setempat termasuk warga emas.

  2. Jika ada, apakah huraian perancangan terperincinya beserta garis masa?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Kerajaan Negeri tidak menyalurkan peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menyediakan kemudahan fasiliti alatan senaman di bawah Program Bantuan Sihat Selangor. Walau bagaimanapun, PBT Negeri Selangor menggunakan peruntukan sedia ada masing-masing bagi menyediakan atau membaik pulih kemudahan alatan senaman (outdoor gym) di taman rekreasi untuk kegunaan masyarakat setempat termasuk warga emas.

Lampiran

Tiada Lampiran.