Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
304) PROGRAM BANTUAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status permohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor bagi tahun 2024?
Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor merupakan inisiatif di bawah Iltizam Selangor Penyayang bagi membaikpulih infrastruktur sekolah dalam penyediaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan kondusif kepada guru dan pelajar. Bagi permohonan tahun 2024, permohonan telah dibuka kepada sekolah-sekolah di negeri Selangor bermula pada 1 Ogos 2024 – 31 Ogos 2024 dan agihan bantuan sekolah akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat setelah proses semakan dan penilaian permohonan selesai berdasarkan jumlah peruntukan yang telah diluluskan.
-
Nyatakan jumlah peruntukan dan permohonan dari Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.
Jumlah peruntukan dan permohonan yang diterima bagi tahun 2024 bagi permohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor adalah seperti berikut: