Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

195) PROGRAM BANTUAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan setiap tahun dari 2008 hingga 2015 untuk program bantuan SRA Rakyat?

    Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan setiap tahun dari tahun 2008 sehingga 2015 untuk program bantuan kepada SAR adalah seperti berikut:

     

    JENIS SEKOLAH TAHUN JUMLAH PERBELANJAAN

    (RM)

     

     

     

    SAR

    2009 5,425,972.00
    2010 4,970,000.00
    2011 4,744,000.00
    2012 8,794,800.00
    2013 6,293,000.00
    2014 6,000,000.00
    2015 6,000,000.00
    JUMLAH 42,227,772.00
  2. Berapakah jumlah sekolah yang telah dibantu di bawah program ini dari tahun 2008 hingga 2015?

    Jumlah Sekolah Agama Rakyat yang telah dibantu ialah sebanyak 744 buah sekolah.

  3. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan program ini menepati sasaran?

    Usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan program ini menepati sasaran antaranya ialah:

     

    • melaksanakan kajian secara terperinci berkenaan permohonan yang dikemukakan melalui mesyuarat penilaian bantuan sekolah yang dihadiri oleh Ahli Dewan Negeri dan Pegawai Penyelaras kawasan Dewan Negeri yang terlibat; dan

     

    • memohon pihak sekolah mengemukakan laporan bertulis dan bergambar berkenaan penggunaan peruntukan dan bukti perbelanjaan selepas cek diserahkan kepada pihak

Lampiran

Tiada Lampiran.