Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
181) PROGRAM BANTUAN RUMAH SECARA SEWA BELI KEPADA RAKYAT MISKIN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah terdapat cadangan untuk membina lebih banyak rumah yang boleh dijual secara sewa beli kepada rakyat yang tidak layak membuat pinjaman bank?
Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini tiada cadangan untuk Kerajaan Negeri membina rumah yang boleh dijual secara sewa beli kepada rakyat yang tidak layak membuat pinjaman bank. Kerajaan Negeri hanya menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel) yang berkonsepkan sewa dan milik bagi tujuan pembelian Rumah Selangorku Jenis A di seluruh Negeri Selangor yang dibina oleh pemaju swasta.
-
Apakah perancangan kerajaan untuk menangani masalah rakyat yang tidak layak membuat pembiayaan syarikat kewangan?
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi golongan yang tidak layak membuat pinjaman bank, Kerajaan Negeri telah menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel) yang berkonsepkan sewa dan milik bagi tujuan pembelian Rumah Selangorku Jenis A di seluruh Negeri Selangor.