Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

99) PROGRAM BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah bilangan rumah yang dibina melalui program tersebut di seluruh Negeri Selangor sejak 3 tahun yang lepas mengikut susunan daerah dan pecahan kaum?

    1. Bilangan rumah yang dibina melalui program tersebut di seluruh Negeri Selangor sejak 3 tahun yang lepas mengikut susunan daerah dan pecahan kaum adalah seperti di Lampiran

     

  2. Sila kemukakan berapakah peruntukan tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri melalui program tersebut dan dari manakah dana itu diperolehi?

    1. Program Kerajaan Prihatin dibiayai sepenuhnya oleh Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor dengan butiran seperti di Lampiran
  3. Sila nyatakan apakah kriteria yang wajib dipenuhi oleh setiap pemohon bagi mendapatkan bantuan rumah Kerajaan Prihatin?

    1. Syarat-syarat yang melayakkan seseorang mendapat rumah atau rumah dibaikpulih untuk Program Kerajaan Prihatin ialah:
      1. Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM419.00 sebulan;
      2. Umur pemohon adalah di antara 50 tahun hingga 65 tahun sahaja kecuali Orang Kurang Upaya (OKU);
    • Keadaan rumah yang daif dan tidak sesuai untuk diduduki. Kerosakan asas akan dipertimbangkan untuk baik pulih;
    1. Tanggungan yang tinggal bersama tidak mempunyai pendapatan;
    2. Mempunyai tapak untuk membina kediaman baru;
    3. Hanya satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah;
    • Mangsa bencana alam yang telah mendapat bantuan pemulihan daripada Lembaga Zakat Selangor atau Jabatan kebajikan Masyarakat tidak layak menerima bantuan Program Kerajaan

     

    Setiap permohonan akan disiasat oleh pihak UPEN bersama wakil daripada Pejabat Daerah dan akan dibawa kedalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Bantuan Kerajaan Prihatin untuk dipertimbangkan.

     

     

    LAMPIRAN C

     

    JUMLAH BANTUAN BAIK PULIH PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN DARI TAHUN 2008-2010 MENGIKUT PECAHAN DAERAH DAN KAUM

     

    Daerah 2008 2009 2010 Jumlah
    BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH
    M C I M C I M C I M C I M C I M C I
    Klang 20 10 29 2 13 11 1 1 8 1 96
    Petaling 7 15 1 3 4 5 35
    Kuala Langat 23 13 1 17 14 16 2 14 100
    Hulu Langat 10 3 6 1 12 5 2 8 47
    Sabak Bernam 27 2 2 59 8 1 43 1 2 8 1 154
    Kuala Selangor 13 1 34 18 4 22 1 2 13 2 1 14 1 1 127
    Gombak 12 2 15 12 1 1 11 2 7 1 64
    Hulu Selangor 5 1 8 5 3 10 5 2 2 4 1 46
    Sepang 7 10 1 9 13 2 2 1 11 56
    Jumlah 124 2 6 152 1 1 119 5 9 141 3 2 57 7 11 79 1 5 725

     

     

    Petunjuk Kaum
    M Melayu
    C Cina
    I India

     

     

    LAMPIRAN D

     

    Senarai Sumbangan Anak-Anak Syarikat Untuk Program Kerajaan Prihatin Dari 2008 – 2011

     

    ANAK SYARIKAT 2008

     

    (RM)

    2009

     

    (RM)

    2010

     

    (RM)

    2011

     

    (RM)

    Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 443,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00
    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 1,075,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00
    Lembaga Zakat Selangor (LZS) 674,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00
    Worldwide Sdn Bhd (WWHB) 415,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00
    Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 620,000.00 100,000.00 100,000.00 100,000.00
    Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) 406,000.00
    Kumpulan Semesta 1,000,000.00

    (Program MES)

    1,000,000.00
    Selangor Industrial Corporation 500,000.00
    Selaman Sdn Bhd 500,000.00

    (Program MES)

    500,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.