Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

240) PROGRAM BANTUAN PERALATAN NELAYAN DAN AKUAKULTUR NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri masih meneruskan program tersebut?

    Kerajaan Negeri komited dalam membantu para nelayan untuk memperbaiki kedudukan sosioekonomi mereka. Justeru itu, Program Bantuan Peralatan Nelayan dan Akuakultur di Negeri Selangor masih diteruskan dengan penglibatan Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan Lembaga Kemajuan Ikan Negeri Selangor bagi mengenalpasti para nelayan yang benar-benar layak untuk menerima bantuan tersebut mengikut kriteria yang telah

  2. Berapakah jumlah peruntukan dan bilangan pemohon yang telah menerima manfaat sejak tahun 2014?

    Jumlah peruntukan dan bilangan permohonan yang berjaya sejak tahun 2014 hingga 2018 adalah seperti berikut:-

    BIL. TAHUN JUMLAH PENERIMA JUMLAH PERUNTUKAN
    1. 2014 552 561,000
    2. 2015 168 1,207,600
    3. 2016 467 500,000
    4. 2017 347 672,650
    5. 2018 13 275,000
        1,547 3,216,250

     

Lampiran

Tiada Lampiran.