Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

265) PROGRAM BANTUAN PENDIDIKAN IPTA/IPTS (2021)

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah baki jumlah dana yang di peruntukkan untuk program tersebut, terkini ?

    Jumlah peruntukan bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM12,521,926.00 dan baki peruntukan sehingga kini adalah sebanyak RM668,853.01. Perincian peruntukan seperti berikut:

    Bantuan Tahun 2021
    Peruntukan (RM) Perbelanjaan (RM) Baki (RM)
    Biasiswa 8,000,000.00 8,000,000.00 0
    HPIPT 2,450,000.00 2,450,000.00 0
    Program Bakul Makanan 2,071,926.00 1,403,072.00 668,853.01
    Jumlah 12,521,926.00 11,853,072.99 668,853.01
  2. Bagaimana kerajaaan memastikan bahawa program tersebut wujud atau terbuka dan di maklumkan kepada rakyat Selangor ?

    Pelbagai inisiatif diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan program dan bantuan yang ditawarkan dapat diketahui oleh masyarakat umum. Antara inisiatif yang dilakukan adalah seperti berikut:

    1. Hebahan melalui portal – portal jabatan dan agensi di bawah kerajaan negeri;
    2. Sesi taklimat kepada pimpinan masyarakat;
    3. Penyelarasan hebahan dengan kerjasama institusi – institusi pendidikan.
  3. Apakah program yang masih ada dan terbuka untuk rakyat memohon ketika ini?

    1. Program Bantuan Mahasiswa Selangor ialah program di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 yang merupakan pemberian bakul makanan secara one off yang diberikan kepada mahasiswa anak Selangor yang terkandas di institusi pengajian tinggi di Semenanjung Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pengerakan (PKP).

    2. Bagi program pinjaman pelajaran telah di buka permohonan pada 1 Ogos hingga 31 Ogos 2021 dan akan dibuka semula pada Ogos tahun 2022. Manakala Program Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor bagi pelajar timur tengah dirancang akan dibuka permohonan pada Disember 2021. Senarai tawaran biasiswa dan pinjaman adalah seperti berikut:

     

    • Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor;
    • Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara;
    • Pinjaman Boleh Ubah Dalam Luar Negara;
    • Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor;
    • Program Khas Biasiswa Selangor BITARA/ Brain Bank;
    • Biasiswa Khas Biasiswa DYMM Sultan Selangor;dan
    • Biasiswa Sagong Tasi.

     

    3. Program Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) telah dibuka pada 1 Mac hingga 31 Mac 2021 dan permohonan akan di buka semula pada Mac tahun 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.