Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

2) PROGRAM BANTUAN PELAJAR DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif yang masih dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi membantu pelajar Sekolah Rendah & Menengah dalam pembelajaran sekolah terutamanya bagi melengkapkan kaedah PdPR?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan inisiatif pemberian agihan buku modul pembelajaran bercetak secara percuma kepada para pelajar tahun 6 dan Tingkatan 5 bermula pada bulan April yang lalu. Agihan bahan pembelajaran ini dilaksanakan melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor dengan jumlah agihan sebanyak 20,000 naskah untuk pelajar Tingkatan 5 dan 10,000 naskah untuk pelajar Tahun 6. Berdasarkan maklum balas yang diterima buku modul pembelajaran ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar sepenuhnya sepanjang tempoh penutupan sekolah. Ia juga dapat membantu para pelajar yang mempunyai masalah akses internet dan peranti untuk meneruskan pembelajaran di rumah.

  2. Ramai pelajar mempunyai isu tidak memiliki komputer riba/internet. Adakah Kerajaan Negeri membincangkan perkara ini dengan Kerajaan Persekutuan?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri belum mengadakan perbincangan rasmi dengan Kerajaan Persekutuan berhubung perkara ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.