Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
251) PROGRAM BANTUAN OKU
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah OKU yang menerima bantuan "one-off" RM500. Perincikan mengikut DUN.
Untuk makluman Yang Berhormat Permatang, Program Bantuan “One-Off” Orang Kurang Upaya (OKU) telah memberi manfaat kepada seramai 1,200 orang dengan jumlah bantuan sebanyak RM500.00 bagi setiap permohonan yang berjaya. Sebagai makluman, terdapat empat (4) DUN yang mencatatkan penerima tertinggi iaitu DUN Kajang 51 orang, DUN Batang Kali 41 orang, DUN Rawang 41 orang dan DUN Subang Jaya 38 orang. Berikut merupakan pecahan penerima bantuan mengikut DUN :
Bil DUN Jumlah Penerima 1. Balakong 14 2. Bandar Baru Klang 18 3. Bandar Utama 14 4. Banting 29 5. Batang Kali 41 6. Batu Tiga 27 7. Bukit Antarabangsa 8 8. Bukit Gasing 8 9. Bukit Lanjan 9 10. Bukit Melawati 18 11. Dengkil 31 12. Dusun Tua 19 13. Gombak Setia 34 14. Hulu Bernam 6 15. Hulu Kelang 13 16. Ijok 22 17. Jeram 25 18. Kajang 51 19. Kampung Tunku 9 20. Kinrara 19 21. Kota Anggerik 20 22. Kota Damansara 27 23. Kota Kemuning 23 24. Kuala Kubu Baharu 21 25. Kuang 15 26. Lembah Jaya 22 27. Meru 36 28. Morib 17 29. Pandamaran 17 30. Pandan Indah 10 31. Paya Jaras 28 32. Pelabuhan Klang 23 33. Permatang 30 34. Rawang 41 35. Sabak 18 36. Sekinchan 21 37. Selat Klang 15 38. Sementa 24 39. Semenyih 14 40. Sentosa 21 41. Seri Kembangan 11 42. Seri Serdang 22 43. Seri Setia 25 44. Sijangkang 17 45. Subang Jaya 38 46. Sungai Air Tawar 17 47. Sungai Burong 24 48. Sungai Kandis 27 49. Sungai Panjang 26 50. Sungai Pelek 27 51. Sungai Ramal 14 52. Sungai Tua 12 53. Taman Medan 20 54. Taman Templer 26 55. Tanjung Sepat 24 56. Teratai 12 Jumlah 1,200 Sumber : Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
-
Senaraikan kategori OKU yang menerima bantuan secara "one-off" tersebut.
Sebanyak tujuh (7) kategori OKU telah menerima manfaat melalui Program Bantuan “One-Off” OKU yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) ini. Sebagai makluman, kategori OKU Kurang Upaya Fizikal, Masalah Pembelajaran dan Kurang Upaya Penglihatan adalah merupakan antara kategori yang mencatatkan penerima manfaat paling tinggi bagi program ini. Berikut merupakan pecahan penerima bantuan mengikut Kategori OKU :
Bil Kategori OKU Jumlah Penerima 1. Kurang Upaya Fizikal 667 2. Kurang Upaya Mental 109 3. Kurang Upaya Pendengaran 85 4. Kurang Upaya Penglihatan 147 5. Kurang Upaya Pertuturan 3 6. Masalah Pembelajaran 160 7. Pelbagai (Multiple Disabilities) 29 Jumlah 1,200 Sumber : Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)