Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

95) PROGRAM BANTUAN OKU

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Seramai 39,613 OKU telah berdaftar di seluruh Negeri Selangor dari tahun 1990 hingga 2009 (Mac). Berapa pantaskah sesuatu permohonan kad OKU diproses?

    Kad Kenal Diri OKU boleh diproses dalam tempoh 3 hari hingga ke 5 hari bekerja dan
    14 hari adalah ketetapan mengikut Piagam Pelanggan Jabatan sekiranya permohonan
    yang diterima adalah lengkap.

  2. Berapakah jumlah bantuan kewangan yang telah diagihkan bagi setiap tahun dari 2004 hingga 2008?

    Berikut adalah Peruntukkan Persekutuan bagi perkhidmatan OKU yang disalurkan
    melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dari tahun 2005 hingga 2008.

    JUMLAH
    PERUNTUKAN
    BIL. MENGIKUT 2005 2006 2007 2008
    OBJEK RM RM RM RM
    1
    Bantuan Pekerja
    Cacat 2,191,200.00 3,417,000.00 1,953,415.00 5,371,200.00
    2
    Bantuan
    Pelancaran 46,000.00 82,400.00 105,800.00 139,290.00
    3
    Bantuan Alat
    Tiruan/Sokongan 282,683.00 210,798.00 451,291.00 553,647.00
    JUMLAH 2,473,883.00 3,710,198.00 2,510,506.00 6,064,137.00

  3. Berapakah kenaikan bantuan kewangan OKU yang akan ditambah memandangkan kerajaan telah meningkatkan Garis Kadar Kemiskinan kepada RM1,500 sebulan bagi seisi keluarga?

    Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor menyalurkan bantuan kewangan untuk
    golongan OKU yang diterima dari peruntukan Kerajaan Persekutuan. Oleh yang
    demikian, JKMN Selangor mengikut Garis Kadar Kemiskinan yang telah ditetapkan oleh
    kerajaan persekutuan iaitu RM 720.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.