Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
23) PROGRAM BANTUAN ÔBLUEPRINT’
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah orang rakyat Selangor yang telah mendapat kemudahan bantuan ÔblueprintÕ ini, dan jenis-jenis bantuan yang diberi.
Program Bantuan ”Blueprint” Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor telah diwujudkan sejak tahun 2006. Program ini memberi bantuan berupa peralatan atau mesin kepada pemohon yang layak diberi bantuan. Jumlah penerima Program Bantuan ”blueprint” Pembasmian Kemiskinan Negeri adalah seperti berikut:
Tahun Bilangan Penerima 2008 197 2009 334 2010 245 2011 ( sehingga JUN 2011) 206 Jumlah 982 Jenis-jenis bantuan yang diberi kepada pemohon yang layak adalah dari segi peralatan atau mesin dalam sektor;
- Makanan
- Jahitan
- Taska / Pusat Asuhan Kanak-kanak yang diusahakan secara
kecil-kecilan iv. Kraftangan
- Perniagaan runcit
Jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan bagi program ini sejak Pakatan Rakyat memerintah adalah seperti berikut :
Tahun Peruntukan (RM) 2008 1,266,200.00 2009 1,083,200.00 2010 1,174,000.00 2011 606,835.00 Jumlah RM 4,130,235.00 -
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk program ini sejak Pakatan Rakyat memerintah.
-
Berapakah tempoh yang digunakan untuk memproses permohonan bantuan ini
Tempoh yang diambil bagi memproses permohonan Program Bantuan ini adalah selama 6 (enam) hingga 8 (lapan) bulan bergantung kepada jumlah permohonan bagi satu-satu daerah.