Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
95) PROGRAM BANTUAN NELAYAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bentuk bantuan Kerajaan Negeri yang tersedia khas untuk para nelayan?
Bantuan yang disediakan kepada para nelayan di Negeri Selangor adalah berbentuk peralatan menangkap ikan seperti minyak petrol, pukat, fish finder, sampan dan enjin bot selain daripada membaik pulih jeti-jeti nelayan yang memerlukannya.
-
Berapakah jumlah bantuan yang telah dibelanjakan untuk bantuan nelayan dan berapa ramai yang telah menerima manfaat?
Bagi 2020 hingga 2022, sejumlah RM1,240,900.00 telah dibelanjakan untuk tujuan bantuan nelayan yang melibatkan seramai 2,103 orang.