Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
4) PROGRAM BANTUAN NELAYAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah bantuan yang telah disalurkan kepada nelayan yang berpendapatan rendah & apakah bentuk bantuan yang telah disalurkan?
Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Perikanan untuk membantu nelayan. Jumlah peruntukan yang disalurkan pada tahun 2012 sebanyak RM141,250, tahun 2013 sebanyak RM196,900 dan tahun 2014 (sehingga November) sebanyak RM531,000. Peruntukan yang disalurkan adalah bagi bantuan peralatan menangkap ikan, sampan, enjin sangkut serta alatan keselamatan kepada nelayan.
-
Nyatakan jumlah nelayan yang berpendapatan rendah yang telah menerima bantuan ini setakat hari ini mengikut kawasan?
Nelayan yang dikategorikan berpendapatan rendah adalah kebanyakannya terdiri daripada nelayan pantai atau tradisional dan juga yang bekerja sebagai kru atau awak-awak di atas vesel/bot menangkap ikan komersil (bot pukat jerut dan pukat tunda). Bilangan nelayan tersebut yang telah menerima bantuan adalah seperti berikut;
Tahun Kawasan Bilangan penerima Jenis Bantuan 2012 Kuala Langat 19 Jaring, Sampan, Enjin Sangkut 2013 Kuala Selangor 17 Enjin Sangkut 2014 Kuala Selangor 7 Jaring, Sampan, Enjin Sangkut, Alatan Keselamatan Sabak Bernam 522 Kuala Langat 23