Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

193) PROGRAM BANTUAN KEUSAHAWANAN KEPADA RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan Program Bantuan Keusahawanan Kerajaan Negeri yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ?

    Pertanyaan (a) telah dijawab bersekali dengan Pertanyaan 107(a)

    Setiap tahun Kerajaan Negeri memperuntukan sejumlah dana setiap tahun bagi memperkasa dan melahirkan usahawan berjaya di Negeri Selangor. Permohonan ini adalah terbuka untuk semua kaum. Sebahagian permohonan bantuan ini diproses sepanjang tahun dan mengikut proses kelulusan. Untuk melayakkan usahawan menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri perusaan mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan.  Antara program sokongan dan bantuan keusahawanan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

     

    1.Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS)

    Bantuan ini diberikan kepada usahawan mikro melalui sembilan (9) daerah di Negeri Selangor. Dana ini merupakan program khas untuk membantu usahawan mikro di Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil jualan dan sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.  Setiap tahun sekurang-kurangnya 100 usahawan menikmati manfaat daripada bantuan ini.  Setiap daerah diperuntukan sebanyak RM250,000.00 untuk program bantuan DUMS. Setiap pemohon yang menepati syarat dan kelayakan yang ditetapkan berpeluang untuk dipertimbangkan untuk menerima bantuan sehingga RM30,000.00

    1. Klinik Usahawan Selangor

    Penubuhan Klinik Usahawan Selangor adalah bertujuan untuk memberi bantuan dan khidmat nasihat perniagaan dari aspek urus tadbir, pemasaran, pengurusan kewangan dan peluang pembiayaan. Ia juga bertujuan untuk membimbing secara menyeluruh dalam perniagaan dan menyelesaikan masalah, ketidakupayaan dan kekangan yang membantutkan pengembangan perniagaan. UPEN Selangor bekerjasama dengan Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), PKNS memandangkan agensi tersebut berfungsi sebagai organisasi yang terlibat dengan pembangunan usahawan.

    1. Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

    Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi bagi individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan. Pemberian berbentuk bantuan peralatan / mesin perniagaan berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan. Syarat permohonan telah dilonggarkan kepada tiga (3) bulan pengoperasian pada musim pandemik COVID19 bagi membantu rakyat menjalankan perniagaan.

    Bantuan ini merupakan sebahagian daripada 44 Program Iltizam Selangor Penyanyang (ISP) Kerajaan Negeri Selangor untuk mengupayakan masyarakat agar keluar daripada kitaran kemiskinan. Program ini dilaksanakan melalui Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi.

    1. Latihan Keusahawan

    Setiap tahun program latihan dijalankan oleh UPEN dsan juga kerjasama bersama agensi. Kursus yang dijalankan adalah pengurusan, kewangan, digitalisasi dan lain-lain.  Antara agensi yang terlibat adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), KOHIJRAH, BPU PKNS, INSKEN dan lain-lain.

    1. Program Pembinaan Upaya Usahawan India Selangor (SITHAM)

    Program ini bertujuan untuk membantu usahawan India yang berpotensi berkembang maju di dalam bidang perniagaan.     Di samping itu, ianya dapat membantu usahawan India menjadi lebih berdikari dan mampu untuk menjana ekonomi. Program yang ditawarkan adalah latihan pengurusan merangkumi aspek pengurusan pemasaran dan kewangan, latihan kemahiran dan pembangunan, program inkubator bersama syarikat peneraju dan geran perniagaan.

    Antara modul yang telah dirangka ialah latihan kemahiran bersama syarikat peneraju/mentor terpilih selama tiga (3) hingga enam (6) bulan bergantung kepada industri yang terpilih. Sepanjang tempoh latihan tersebut, peserta akan diberi peluang untuk terus mengendalikan perniagaan mengikut jenis latihan yang diceburi dan dipantau oleh syarikat peneraju. Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Unit Perancang Ekonomi Negeri dengan kerjasama HIJRAH Selangor.

    1. Pinjaman Mikrokredit Hijrah Selangor

    HIJRAH Selangor menyediakan pinjaman kewangan secara berperingkat bermula tahun 2020. Ia merupakan satu sistem pembiayaan modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan. Pinjaman berperingkat ini dikategorikan mengikut skim 1 – 4 dan jumlah kelulusan diberikan sehingga RM50,000.00 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Selain itu terdapat beberapa program lain di bawah agensi ini seperti berikut:

    • Skim Zero to Hero

    Program ini merupakan pakej latihan dan bimbingan perniagaan oleh syarikat peneraju selama tiga (3) hingga enam (6) bulan. Ia menawarkan pakej dalam bidang perniagaan, pembuatan, pertanian, perikanan, peruncitan dan jualan atas talian.

    • NADI (Skim Niaga Darul Ehsan)

    Bantuan ini berbentuk pinjaman modal dari RM1,000.00 – RM5,000.00 khusus untuk wanita yang ingin memulakan perniagaan dalam kumpulan seramai 3 orang. Pembiayaan ditawarkan selama (3) hingga enam (6) bulan.

    • GO Digital (Skim Pembiayaan Digitalisasi)

    Skim ini ditawarkan kepada usahawan yang ingin menyertai platform digitalisasi perniagaan. Pinjaman di tawarkan sehingga RM5,000.00 dengan tempoh pembiayaan enam (6) bulan – tiga (3) tahun.

    • Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC)

    Kerajaan Negeri Selangor melalui agensi Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu dan menggalakkan usahawan ke arah digitalisasi.  Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk:

    • Selangor E-Ecommerce Education class
    • Jelajah Usahawan Digital Selangor
    • Selangor Digital Economy Convention
    • Top E-Commerce Awards
    • Selangor E-Bazar
    • Selangor Accelerator Programme
    • Selangor Fashion Accelerator

     

    • Selangor Digital E-Supply Chain (SELDEC)

    Selangor Industrial Corporation (SIC) juga turut menawarkan platform Selangor Digital E-Supply Chain (SELDEC) bagi membantu IKS untuk menjual secara dalam talian. Platform ini juga turut menawarkan khidmat penghantaran di seluruh kawasan di Selangor.

    • Platform Selangor (PLATS)

    Platform ini merupakan platform promosi bagi usahawan di Selangor.  Inisiatif ini dijalankan oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) semasa pandemik COVID19 bertujuan memberi peluang kepada peniaga dan penjaja yang menjual makanan bermasak semasa bulan ramadan.  Selepas itu program ini diteruskan dan ditambah baik dari semasa ke semasa.  Usahawan di seluruh Selangor juga diseru untuk menyertai platform ini dimana mereka akan dibantu untuk meningkatkan perniagaan ke arah digitalisasi.  Capaian di peringkat akar umbi juga dijalankan dan bagi meningkatkan pemahaman dan pendaftaran ke platform PLATS, usahawan dibantu oleh Rakan Digital di setiap daerah untuk menyertai platform ini (onboard programe).

    • Selangor Youth Community (SAY)

    Jawatankuasa Tetap Pembanguan Usahawan Negeri Selangor telah bekerjasama dengan Selangor Youth Community (SAY) bagi penganjuran Liga Usahawan Selangor.  Pada program ini usahawan akan dilatih sehingga boleh bersaing di pasaran terbuka.  Liga ini terbahagi kepada dua (2) iaitu:

    1. Liga Usahawan OKU Selangor – SAY LEAD

    Sasaran peserta ialah seramai 20 usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh Selangor.  Peserta dibimbing oleh jurulatih dan mentor yang berpengalaman terhadap OKU.  Antara modul yang diajar ialah:

    • Sesi orientasidan business start-up;
    • Business Model Canvas dan rancangan perniagaan;
    • Asas penjenamaan dan pemasaran digital;
    • Saluran pemasaran & pengurusan data pelanggan;
    • Pengurusan asas kewangan;dan
    • Bengkel bussines profil & pitching.

     

    Peserta yang berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang akan berpeluang untuk menjalani beberapa sesi perniagaan seperti berikut:

    • Rangkaian bersama agensi kerajaan (business matching);
    • Perkongsian inisiatif yang ditawarkan oleh agensi seperti platform Shopee, Platform Selangor, Koperasi MYOKU, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa tempatan (PBT), geran dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) & pejabat daerah/tanah melalui geran blueprint dan Dana Usahawan Mikro Selangor;
    • Peluang untuk menyertai ekspo dan pameran yang dianjurkan oleh agensi keusahawanan di Selangor;dan
    • Berpeluang membentangkan perniagaan di hadapan DYTM Raja Muda Selangor dan dinobatkan sebagai Ikon Usahawan OKU Selangor.

     

    Tiga (3) pemenang utama akan layak memasuki program SAY LEAD+.  Ia merupakan setahun program bimbingan bersama mentor industri dan menerima geran perniagaan sebanyak RM3,000.00

    1. Liga Usahawan Eksport Selangor – SAY ASPIRE

    Sasaran peserta ialah seramai 20 usahawan belia yang terdiri daripada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di seluruh Selangor.  Usahawan akan dibimbing oleh jurulatih dan mentor yang pakar dalam industri eksport dan membawa produk ke negara luar.  Antara modul yang dijalankan adalah:

    • Market research & entry strategy
    • Export management & requirement
    • Export logistics management
    • Trade financing
    • Market promotions & tools
    • Cross e-commerce & e-export

     

    Peserta yang berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang akan berpeluang untuk menjalani beberapa sesi perniagaan seperti berikut:

    • Rangkaian bersama agensi kerajaan (business matching);
    • Perkongsian inisiatif yang ditawarkan oleh agensi seperti MATRADE, SME Corporation, Export and Import (EXIM) Bank dan MDEC;
    • Berpeluang membentangkan ‘proposal eksport’ perniagaan di hadapan DYTM Raja Muda Selangor dan 3 pemenang utama akan memenangi tiket penerbangan pergi dan balik ke negara terpilih untuk tujuan eksport;dan

    Berpeluang untuk menyertai ekspo dan pameran antarabangsa yang dianjurkan oleh agensi keusahawanan di Selangor.

     

    HIJRAH

    Program Mikro Kredit Hijrah Selangormerupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah di Negeri Selangor melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil. Berikut adalah senarai skim-skim yang ditawarkan oleh Hijrah Selangor:

    1.Skim i-Bisnes

    Menawarkan modal tambahan berbentuk kewangan sehingga RM50,000 kepada individu yang sudah menjalankan aktiviti perniagaan bagi mengembangkan lagi perniagaan uang sedang diusahakan.

    1. Skim i-Lestari

    Skim ini menawarkan modal tambahan berbentuk kewangan dari RM51,000 sehingga RM100,000 kepada individu yang sudah menjalankan aktiviti perniagaan bagi memberi peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan yang telah dijalankan.

    1. Skim Zero to Hero

    Menawarkan pembiayaan berbentuk pakej perniagann sehingga RM10,000 yang dikhususkan kepada individu yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan dibekalkan bimbingan, latihan dan pantauan oleh syarikat peneraju yang dilantik.

    1. Skim NaDI

    Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) ini menawarkan pembiayaan berbentuk kewangan sehingga RM5,000 dikhususkan kepada individu yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan juga kepada usahawan yang tidak mempunyai dokumen lesen perniagaan untuk mendapatkan modal pusingan.

    1. Skim Go Digital

    Menawarkan modal tambahan kepada usahawan bagi urusan pendigitalisasian perniagaan sehingga RM50,000. Melalui pendigitalisasian ini, usahawan dapat memasarkan produk dan servis secara meluas dan dapat membantu meningkatkan lagi hasil jualan dan pendapatan usahawan.

    1. Skim i-Agro

    Skim ini menawarkan modal tambahan dari RM1,000 sehingga RM50,000 kepada usahawan yang menjalankan aktiviti pertanian, penternakan dan akuakultur bagi memberi peluang untuk mereka mengembangkan perniagaan yang sedang diusahakan.

    1. Skim i-Bermusim

    Menawarkan modal tambahan berbentuk kewangan sehingga RM20,000 kepada individu yang memerlukan modal pusingan perniagaan bagi menjalankan aktiviti perniagaan jenis bermusim seperti musim perayaan dan gerai buah-buahan bermusim.

  2. Berapakah bilangan penerima bantuan keusahawanan setakat ini? Perincikan mengikut kaum.

    Terdapat beberapa bantuan dan pinjaman kewangan bagi perniagaan di dalam negeri Selangor yang disediakan untuk menyokong perkembangan perniagaan mereka.  Antara bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang memusatkan program-program Usahawan di bawah Exco Usahawan?

    Pada masa ini, tiada perancangan untuk meletakkan pusat keusahawan di kawasan tertentu. Ini kerana bagi memudahkan capaian maklumat kepada orang awam.  Walau bagaimanapun pusat keusahawan banyak tertumpu di kawasan business district iaitu kawasan tumpuan aktiviti perniagaan seperti di kawasan Seksyen 7 Shah Alam.

     

    Namun di peringkat daerah, pengendalian terpulang kepada Pentadbiran dan pemerhatian masing-masing serta mengikut kesesuaian agar para pengunjung atau orang awam tidak mengalami kesukaran untuk hadir ke kawasan tersebut sekiranya terdapat aktiviti atau program keusahawan.

Lampiran

Tiada Lampiran.