Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
258) PROGRAM BANTUAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan implikasi kewangan terhadap kerajaan negeri dalam melaksanakan program bantuan kesihatan dari tahun 2013 hingga kini.
Implikasi kewangan terhadap Kerajaan Negeri dalam melaksanakan Program Bantuan Sihat Selangor dari tahun 2013 hingga 2016 adalah sebanyak RM4,072,927.65. Pecahan mengikut jenis bantuan adalah seperti Jadual 1 yang dilampirkan.
-
Nyatakan jumlah permohonan bantuan yang telah dilulus dan masih dalam proses bagi tahun 2016.
Setakat 22 Julai 2016, jumlah permohonan bantuan yang telah diluluskan adalah sebanyak 645 permohonan berjumlah RM1,755,489.10 dan jumlah permohonan yang masih dalam proses adalah sebanyak 30 permohonan.
-
Sejauh manakah penambahbaikan program yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri?
Kerajaan Negeri akan melancarkan satu sistem permohonan online bagi Program Bantuan Sihat Selangor yang akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2017. Sistem ini boleh diakses dari mana-mana yang mempunyai capaian internet sekaligus memudahkan pemohon untuk membuat permohonan dan semakan. Objektif utama sistem ini adalah memudahkan rakyat negeri Selangor untuk berhubung secara terus dengan Kerajaan Negeri Selangor selaras dengan Gagasan Smart Selangor iaitu ke arah mengukuhkan Digital Open Government.Program ini akan melibatkan semua Pejabat Ahli Dewan Negeri dalam menjayakan pelaksanaan sistem ini nanti di peringkat masing-masing.
Kerajaan Negeri telah melantik sebanyak 20 buah Panel Dialisis yang akan memberi rawatan kepada pesakit yang mendapat Bantuan Kesihatan Selangor. Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri akan menambah sebanyak 80 buah lagi Panel Dialisis bagi menjayakan Program Panel Dialisis Negeri Selangor. Hanya Panel Dialisis yang dilantik sahaja akan menerima Bantuan Kesihatan Selangor. Panel Dialisis ini melibatkan hampir 90% pusat rawatan Dialisis swasta yang terdapat di negeri Selangor.